Thursday, February 19, 2009

BUDAYA BERDEMONSTRASI BUKAN BUDAYA RAKYAT SARAWAK


Setiap kali berlangsungnya majlis yang melibatkan YB dan Menteri yang diadakan di Sarawak pastinya ada menerima ‘gangguan’ berdemontrasi. Setiap kali menerima gangguan tersebut telah menyebabkan majlis itu tergendala dan menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan tetamu yang hadir serta pihak penganjur. Apakah niat sebenar golongan ini bertindak membuat gangguan di majlis itu? Tidakkah golongan ini terfikir akan kesan yang ditanggung oleh pihak penganjur disebabkan tingkah laku mereka mengganggu majlis orang?


Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak elakukan gangguan demonstrasi di hadapan Hotel Fata bagi membantah penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rampasan kuasa di Perak. Mereka juga mengibarkan banting yang bertulis “Bubarkan DUN Perak, Kembalikan Kuasa Perak”. Apakah relevannya tindakan PKR Sarawak dalam membawa krisis politik Perak di Sarawak? Atau, Apakah mereka tidak ada perasaan bersalah di atas tindakan mereka yang telah menimbulkan kekacauan pada majlis orang? Dalam demontrasi itu juga penyokong PKR Sarawak telah mengambil kesempatan melaungkan “Reformasi” dan “Keadilan” sebagai menghangatkan lagi demonstrasi mereka. Kedatangan Datuk Seri Najib ke Sarawak adalah tujuan lawatan rasmi untuk menyampaikan geran untuk sekolah bantuan di Sarawak.


Demonstrasi anjuran PKR Sarawak ini telah diketuai oleh ADUN Padungan, YB Dominique Ng Kim Ho, Wong Huan Yu, pemimpin PKR Sarawak dan ahli MPT PKR Pusat merangkap Pengerusi Pengelola. Walau bagaimanapun, demontrasi PKR Sarawak itu telah kurang mendapat sambutan rakyat Sarawak apabila dianggarkan hanya lebih kurang 20 orang sahaja yang menyertainya. Kepantasan anggota polis FRU yang tiba di perkarangan Hotel Fata telah berjaya mengawal keadaan.


Sebelum ini tidak pernah atau tiada langsung budaya berdemonstrasi di Sarawak. Namun, semenjak kedatangan PKR ke Sarawak budaya demonstrasi telah menular masuk dan menjadi amalan dalam masyarakat Sarawak. Dalam hal ini, rakyat Sarawak harus sedar bahawa tindakan mereka ‘mengikut’ budaya PKR ini adalah sebagai sia-sia dan membuang masa. Pada masa yang sama, demonstrasi ini telah menggugat kesejahteraan, kesopanan dan nilai santun rakyat Sarawak.



9 komen:

  1. Penyakit Demonstrasi PKR di Semenanjung telah merebak ke Sarawak. Hari ini mungkin 20 orang, bulan depan 200 orang & Tahun depan mungkin 2000 orang yang berdemonstrasi di jalanan. Inilah bahayanya PKR di sokong oleh mana-mana pengundi di Sarawak.
    Lagak PKR ini serupa macam samseng jalanraya. Suka kacau orang senang. Kalau PKR pandai sangat buatlah jalanraya ke Kapit. Tak payah nak kata BN jahat.
    Apaguna hendak campur masalah politik di Perak sedangkan di Sarawak tak mendapat sambutan. Dia berdemonstrasi, bukannya kerana lapar macam penduduk di Somalia. Habis demonstrasi, balik makan di restoren bagus-bagus punya.
    Jangan percaya sangat cakap PKR ini. Mereka cuma pandai cakap, tapi tak ada apa yang dibuat betul.

    ReplyDelete
  2. Salam...
    aku sokong kata Tanpa Nama....
    Kalau PKR boleh buat jalan ke kapit silalah... Cakap tak serupa bikin itu PKR.... auta banyak... Porahhhhhhh......

    ReplyDelete
  3. PKR & DAP memang sudah biasa dengan kerenah ini semata-mata untuk populariti individu...yang jelasnya semuanya tidak MEMBUAT dan CAKAP-CAKAP sahaja. Rakyat Sarawak tidak mahu permainan politik sepertimana yang berlaku di Perak.

    ReplyDelete
  4. Kepada siapa yang suka makan " Kampua Mee Kosong" bolehlah ikut parti Kurang Relevan seperti sungai tiada berhilir dan berhulu. Tahukah anda mengapa DSAI suka datang Sarawak INI JAWAPANNYA " Makanan dan Orang" Mudah di tipu dan harga yang MURAH.....MATI KITAI...WAI....

    ReplyDelete
  5. aku nang nyokong 100000000% nak di padah 3 sungey ya...dak berdiri polah demonstrasi ya dah SA'AL...ANGOL...nak pa dah dipolah NUAR BRAHIM ya di Sarawak tok....datang kelak polah cerita pangai...abis kita sitok di BULAK nya.....eran ku apa nak di cayak sidak ya dgn Nuar ya...

    ReplyDelete
  6. pok...
    blok u pun update juak...

    ReplyDelete
  7. Pemerhati bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh wira kenyalang.mengganggu melalui demonstrasi merupakan bibit anti-demokrasi. Malaysia mempunyai demokrasi berparlimen dan di negeri pula wujud Dewan Undangan Negeri di mana anggotanya dipilih dalam Pilihan Raya Umum tiap 5 tahun.

    Yang mengajar untuk berdemonstrasi ini adalah dari luar terutamanya Anwar Ibrahim yang mendapat ilham bereformasi dari Kamal Aktaturk, pemimpin reformasi besar Turki satu masa dulu. Awaslah dengan tindakan reformasi yang di bawa oleh Anwar Ibrahim yang boleh menghancurkan perpaduan yang sangat baik. kini terdapat di Sarawak.

    ReplyDelete
  8. DSAI mmg begitu.suka sgt buat kacau negeri orang..

    ReplyDelete
  9. Kenapa Blog ini tak di update. Buatlah pembaharuan dalam blog ini.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger