Thursday, February 5, 2009

KETIDAKTENTUAN POLITIK DI PERAK, RENUNGAN UNTUK RAKYAT SARAWAK

Sepanjang minggu ini media di Malaysia banyak memperkata dan melaporkan tentang kemelut politik yang berlaku di Perak. Tumpuan tentulah kepada kerajaan di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang diberi mandat memerintah Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum Mac lepas.


Kekecohan dan ketidaktentuan politik di Perak bagi penulis memang tidak menghairankan dan ia telah dijangka. Kerajaan Negeri Perak di bawah PR diketahui umum mempunyai ideologi dan aspirasi politik yang berbeza, masing-masing ingin menonjolkan kehebatan dan kekuatan politik yang didokong. Yang rugi ialah rakyat yang masih tertunggu-tunggu akan janji-janji dan pembaharuan yang dicanangkan sewaktu pilihan raya umum dulu. Sehingga sekarang nampaknya kerajaan baru di bawah PR masih belum stabil dan goyah sedangkan pilihan raya umum telah hampir setahun berlalu. Belum nampak adanya keharmonian dan ketenangan di negeri itu sedangkan rakyat mengharapkan pembelaan dan tumpuan. Bayangkan, jika keadaan yang sama mungkin akan berlaku jika ditakdirkan PR memerintah Sarawak. Fikirkanlah rakyat Sarawak!


Senario politik semasa yang berlaku pada masa kini turut mendatangkan impak kepada Negeri Sarawak. Kita di Sarawak tidak terlepas daripada perkembangan politik semasa ini. Banyak ceramah dan aktiviti PR (PKR, DAP dan PAS) telah diadakan di Sarawak. Semakin kerap dan ramai pemimpin-pemimpin politik PR datang ke Sarawak; satu keadaan yang dulunya jarang kita saksikan. Pendekatan dan budaya politik yang dibawa juga satu benda baru yang kita tidak pernah kita saksikan sebelum ini. PR sering menghebahkan matlamatnya untuk ’membela’ dan ’memperjuangkan’ nasib rakyat dan pribumi Sarawak yang dikatakan ditindas, tidak menikmati pembangunan dan dizalimi. Betul atau tidak, apa yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin PR ini cuma rakyat Sarawak sahaja yang tahu.


Kita di Sarawak seronok dan teruja mendengar pelbagai cerita dan berita yang kita dengar dalam ceramah-ceramah yang disampaikan oleh pemimpin PR. Tetapi tidakkah kita terfikir ianya cuma Indah Khabar Dari Rupa. Kita seronok mendengar pelbagai janji yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat kepada kita sedangkan realitinya masih tidak pasti janji-janji tersebut dapat dipenuhi atau tidak.....

10 komen:

  1. itulah sebenarnya PR cakap tak serupa bikin, eksyen ja lebih masyarakat sarawak seharusnya mengambil ikthbar dari insiden di Perak, apa yang penting sokong BN untuk pembangunan yang berterusan di SARAWAK

    ReplyDelete
  2. Salam Bujang Kenyalang

    Walaupun BN28 + 3 Ind dapat membentuk sebuah kerajaan di Perak dan keadaan ini masih dikira BAHAYA sebab otak manusia kadang-kadangkala boleh bertukar seperti sebuah lagu Iban bertajuk "KABAN" ertinya Kaban (kawan dlm BM) boleh jadi lawan bila keadaan barubah.
    Bagaimanapun dengan keputusan kebijaksanaan Sultan Perak yang arip dalam undang-undang dan Tuanku pasti dapat menyelamatkan Negeri Perak menjadi huru-hara.
    Bagaimana pun saya turut sama bergembira dan tahniah kepada BN. Barisan Nasional Boleh !!!!!

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak - yang berusia 11 bulan - bagi menyelesaikan kemelut politik negeri itu.

    Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuat kuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap telah dikosongkan.

    Ia dilihat sebagai satu lagi langkah yang membawa Barisan Nasional (BN) untuk membentuk semula kerajaan negeri di Perak.

    Pakatan Rakyat memerintah negeri itu sejak Mac lalu.

    Nizar kini mengadakan sidang media bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman menteri besar.

    Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

    "Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar dari kalangan ahliahli Dewan Negeri," kata kenyataan itu.

    Ia juga menyebut bahawa Sultan Perak telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan Mohammad Nizar semalam mendapatkan perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.

    "Baginda menggunakan budi bicara baginda di bawah Perkara XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak," kata kenyataan itu.

    Nizar telah dititah menghadap baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan baginda tidak membubarkan Dewan, dan selaras dengan peruntukan XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) berkuat kuasa serta-merta.

    "Sekiranya YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahliahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahliahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan itu.

    KENYATAAN ISTANA

    Kenyataan itu dikeluarkan kira-kira dua jam selepas Nizar menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pukul 12.45 tengah hari.

    Terdahulu, kesemua 28 Ahli Undangan Negeri (ADUN) Perak serta tiga ADUN Bebas menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional (BN).

    Kenyataan empat muka surat yang ditandatangani oleh Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit kepada Sultan Azlan Shah, dikeluarkan pada 2.15 petang.

    Ia menjelaskan bahawa Nizar telah menghadap Sultan semalam dan memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.

    Najib, selaku Pengerusi Barisan Nasional Perak, juga telah memohon menghadap baginda dan telah diberi perkenan berbuat demikian pada hari ini.

    SOKONGAN 31 ADUN

    Pada majlis menghadap itu pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri telah memaklumkan kepada baginda bahawa BN dan penyokong-penyokongnya kini terdiri daripada 31 orang ADUN dan telah menguasai majoriti ahli Dewan Negeri.

    Menurut kenyataan itu, untuk meyakinkan baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, Sultan Azlan shah menitahkan kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut menghadap baginda.

    Terdahulu Najib berkata, kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon Menteri Besar Perak yang akan dikemukakan oleh BN.

    ReplyDelete
  4. salam...
    senario politik perak sekarang sudah jelas menampakkan siapa anwar laknat dan pemimpin pembangkang lain yang sebenar.

    heran, kenapa segelintir rakyat sarawak masih mahu "dikencingkan" oleh anwar laknat dan pimpinan PKR sarawak yg lain?

    agaknya terlalu sedap air kencing anwar laknat hingga segelintir penyokong fanatik anwar laknat sanggup nganga mulut nk teguk air kencing anwar laknat.

    kepada semua yang membaca blog ini, sila layari blog pengikut anwar laknat yang sudah lama minum kencing anwar laknat: PIEELINGCHEE.BLOGSPOT.COM

    ReplyDelete
  5. Rakyat Sarawak tak harus merasa diri mereka selamat dari tsunami politik yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Sekarang rakyat mahukan perubahan, bukan mahukan Anwar. Kerajaan Sarawak haruslah memandang ke hadapan dan buat perubahan mengikut kehendak rakyat. Jangan sombong, angkuh dan harus sentiasa prihatin dengan nasib rakyat luar bandar. BN Sarawak tidak harus salahkan Pakatan Rakyat sekiranya Pakatan Rakyat dapat memerintah Sarawak satu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. Bujang Kenyalang,

    Bumi Kenyalang tidak takuT kepada ancaman Pakatan.
    WITH OR WITHOUT anwar, Sarawak is ever ready TO FACE THE PAKATAN.

    ReplyDelete
  7. Janganlah peristiwa yang berlaku di negeri Perak berlaku di Sarawak yang kian maju di bawah BN.

    Jangan mengundang malapetaka dengan menyokong PR.PR hanya pandai berjanji pada musim pilihanraya tetapi tidak dapat melaksanakannya.

    Untuk perubahan, PR akan mengubahkan dari negeri yang aman kepada kacau-bilau dan tidak stabil. BN sudah terbukti membawa pembangunan dan kesenangan kepada rakyat negeri Sarawak.

    ReplyDelete
  8. Tanpa bersifat prejudis terhadap mana-mana parti politik dan siapa saja ahli politik di Malysia amnya dan Sarawak khasnya. Saya melihat ini sebagai satu pengajaran agar pemerintah atau kerjaaan mana pun yang memegang tampuk kekuasaan di negara kita ini ialah kita haru bersifat kerajaan berasaskan rakyat. Maksudnya kerajaan atau pemimpin yang dipilih bukan untuk kepantingan kaum A, kaum B, kaum C dan sebagainya. Ini kerana pemimpin wujud dengan adanya sokongan segenap lapisan masyarakat dan bukan nya terbentuk sendiri. Walau macammana cita-cita dan usaha pemerintah, kepentingan rakyat adalah yang paling utama.Oleh yang demikian kerajaan yang saksama adil dan telus kepada segenap lapisan masyarakat adalah sebuah kerajaan yang dijamin kukuh dan sentiasa mendapat sokongan dan berjaya.

    ReplyDelete
  9. Apabila pakatan campuran (PC) kehilangan majoriti di Perak, BN di isytiharkan sebagai Kerajaan baru negeri di bawah Datuk Dr Zambry, MB. Proses ini dipersetujui oleh Paduka Sultan setelah berkonsultasi dengan semua segmen yang terlibat.

    Namun PC yang diketuai oleh mantan MB , Datuk Seri Nizar setelah mendapat nasihat, mungkir janji dengan tohmahan yang bukan-bukan secara direct dan juga proksi seperti Karpal Singh, terhadap BN yang paling menyedihkan Paduka Sultan. ini sekaligus mempertikaikan keputusan Paduka Sultan dan Nizar sanggup melafazkan "mohon derhaka" yang tak pernah dibuat oleh orang Melayu beratus-ratus tahun sebelum ini.

    Melawan institusi Raja dan kerajaan yang sah adalah budaya baru di Perak. PC cuba menerapkan pemikiran-pemikiran anti institusi Raja dan juga kepimpinan yang dianggap legitimate.Perkara ini perlu dibendung kerana ia boleh menular dan menjadi cancerous di mana-mana negeri dalam Malaysia.

    Kita meminta anda renungkan situasi ini dan agar ia tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya tanpa mengira perpaduan, keamanan dan keselamatan rakyat.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger