Friday, April 17, 2009

3 ADUN PKR LETAK JAWATAN, ADAKAN PILIHAN RAYA KECIL, APAKAH MUSLIHATNYA?

Selepas diadakan pilihan raya kecil di dua bukit, Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan satu di Batang Air, dan sebelum itu pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan dalam masa enam puluh hari selepas peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 8 April yang lalu serta mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, berkuat kuasa semalam.
Jumlah 5 pilihan raya dalam masa 10 bulan selepas pilihan raya umum ke-12 adalah situasi yang sangat jarang-jarang berlaku di Malaysia. Daripada 5 pilihan raya tersebut, 3 daripadanya diadakan disebabkan kematian penyandangnya manakala 2 lagi disebabkan penyandangnya melepaskan jawatan gelaran YB. Manakala, yang terbaru ini juga disebabkan penyandangnya melepaskan jawatannya. Yang menariknya di sini, ketiga-tiga YB yang melepaskan jawatannya itu adalah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sehingga kini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membelanjakan sebanyak RM2.5 juta bagi mengadakan 5 pilihan raya kecil. Harus diingat, kesemua duit RM2.5 juta tersebut adalah duit rakyat (Rujuk Buliten Utama 16 April 2009). Berapakah pula perbelanjaan yang akan dikeluarkan SPR dalam mengadakan pilihan raya kecil DUN Penanti ini nanti?
Persoalannya di sini, apakah calon-calon wakil rakyat dari PKR ini tidak mengerti erti sebenar maksud sebenar wakil rakyat? Atau mereka ini bertanding semata-mata untuk mendapatkan projek dan apabila kesalahan mereka telah dapat dihidu oleh pihak berkuasa maka jalan terbaik hanyalah meletak jawatan. Diimbas kembali situasi ini, nampaknya ahli-ahli YB tersebut telah mempermainkan sokongan rakyat dan menipu rakyat.

Dalam kenyataan berhubung tindakannya membuat keputusan drastik ini, beliau menyatakan “ruangan ini akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilempar terhadap saya selama ini," katanya menerusi kenyataan media yang ditandatanganinya”. Sebelum itu, beliau telah menyatakan ingin memberi tumpuan kepada pelajaran peringkat pasca-siswazah, selain lebih masa bersama keluarga yang berkorban sepanjang memenuhi tugasnya. Dalam masa yang sama, kenyataan beliau dalam empat perenggan itu juga menyatakan sudah memberi pertimbangan dengan mengambil kira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas dakwaan penyelewengan berkaitan aktiviti sebuah kuari di Seberang Prai dan dijangka dihadapkan ke mahkamah bila-bila masa. Peletakan jawatan itu juga dikatakan didorong faktor pendedahan mengenai penyelewengan kuari berkenaan yang dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat.
Dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, beliau menang dengan majoriti 2,219 undi selepas memperoleh 7,346 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain mengesahkan sudah menerima surat peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Adun.

3 komen:

  1. ADUN PKR yang dipilih oleh rakyat di kawasan Penanti ini adal seorang ADUN yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat yang menyokongnya.
    Inilah akibatnya memilih calon / wakil rakyat dari kalangan yang tidak mempunyai moral.
    Pengundi di Penanti harus sedar bahawa ADUN PKR di kawasan tersebut tidak boleh dipercayai lagi. Mereka ini berjuang untuk melihat berapa kuat sokongan rakyat ke atas PKR.
    Ini supaya pengundi-pengundi di seluruh negara menyatakan bahawa PKR adalah parti yang kuat ketika ini.
    Namun hakikatnya, PKR mempermainkan/memperbodohkan pengundi mereka dan rakyat secara keseluruhannya. Sedarlah wahai pengundi Penanti, janganlah kamu dipermaimkan lagi oleh pemimpin2 PKR yang cuma gila kuasa, tetapi tidak pandai menggunakan kuasa yang diberi rakyat.
    Mulai sekarang rakyat / penyokong PKR haruslah sedar bahawa hakikatnya, PKR adalah sebuah parti yang mementingkan Anwar Ibrahim sahaja. PAS & DAP sekarang telah buta dan terpukau oleh Anwar. Itu saja alasannya..........KAMU FIKIRLAH SENDIRI.............!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Khabar perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd. Fairus Khairuddin telah diketahui umum. Beginikah wakil rakyat yang kita mau menerajui sesebuah kerajaan? Sikit-sikit, letak jawatan, ada kes sedikit, letak jawatan.

    Tindakan beliau meletak jawatan atas dasar ingin melanjutkan pelajaran adalah tidak lojik sama sekali. Kenapa tidak tunggu pilihan raya akan datang, bukannya lama, 5 tahun sahaja. Pada masa tu, tak payah letak jawatan kerna pembubaran akan diadakan. Janganlah letak jawatan. Kesannya pilihan raya kecil akan diadakan bukan sahaja membazirkan duit rakyat, malah duit Pakatan Rakyat sendiri kan?

    Sekejap-sekejap pilihan raya kecil, apa nak jadi, belum lagi merasakan bertapa susah menjadi wakil rakyat dah ambil keputusan untuk letak jawatan. Apa yang YB Mohd Fairus Khairuddin telah sumbangkan kepada rakyat pulau pinang khasnya? Mana janji dulu? Inilah yang dikatakan menelan sesuatu tanpa menilai sesuatu itu boleh ditelan ke tidak. Tercekik di tengah-tengah lalu letak jawatan.

    Fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera.

    kita rakyat malaysia mesti bersatu padu. Buat apa PAS pun kata nak bertanding. PKR pun nak bertanding.
    Anwar perlu teliti kalau wakil mereka macam budak Fairuz itu lari dari tanggungjawab, siapa yang tanggungjawab? Kan rugi duit dan masa rakyat?
    Fairus dengan angkuh sekarang kata dia tidak bersalah dan akan balik kat politik selepas balik dari melanjutkan pelajaran. Dan PKR setuju dan tepuk tangan!

    Lepas itu, bila orang suruh SPR teliti cadangan kenakan penalti terhadap wakil rakyat yang berhenti tanpa sebab munasabah, geng Pakatan, seperti Lim Kit Siang dan Faris Musa (timblan AMK) kata Dato' Mukhriz (timbalan menteri MITI) dan Tan Keng Liang (ketua pemuda gerakan kedah) yang keluarkan cadangan penalti terhadap orang yang tidak bertanggungjawab sebagai kenyataan daripada orang "tidak berakal". Lihat kat:-

    http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2009/04/4408

    http://blog.limkitsiang.com/2009/04/21/why-there-should-be-by-elections-in-the-three-state-assembly-seats-of-jelapang-behrang-and-changkat-jering-in-perak-and-the-parliamentary-seat-of-kulai/

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger