Friday, April 17, 2009

KONSEP ‘SATU MALAYSIA’, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN PERJELASKAN MATLAMAT KE ARAH MENJAYAKAN WAWASAN 2020

Konsep satu Malaysia yang diilhamkan Datuk Seri Najib Tun Razak sejurus perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-Enam memberi maksud: “Setiap warga negara Malaysia di mana mereka berada tanpa mengira Agama, Bangsa, Warna Kulit dan Kedudukan akan diutamakan, keutamaan akan merentasi semua lapisan masyarakat tidak ada yang tercicir dari arus perdana walau di mana mereka berada. Sama-sama bertanggungjawab untuk membawa Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020”.

Kita perlu menyatukan pemikiran kita, barisan kita, cara kita bertindak serta mengetahui halatuju kita. Setiap individu mesti bertekad, berazam dan seterusnya beriltizam untuk sama-sama memikul tanggungjawab melaksanakan sedaya upaya mungkin segala perancangan kerajaan tanpa melihat kebelakang, tanpa curiga serta cemburu dengan apa-apa yang dimiliki oleh orang lain kerana kita hanya satu wawasan, satu tujuan, satu matlamat, iaitu menjadikan negara Malaysia satu negara maju menjelang tahun 2020. Setiap rakyat akan dibahagikan sama rata dari semua aspek tidak ada seorang pun yang dipinggirkan dari arus perdana”.

“Satu ummah dalam satu negara berasaskan kebebasan berfikir, bersuara berpandukan kepada lunas undang-undang negara”.

“Wawasan beliau sejajar dengan perjuangan Rasullullah S.A.W semasa berada di Madinatul Munawarah iaitu menyatukan ummah dari kalangan Muhajirin dan Ansar”.

Rakyat Malaysia wajar menyambut baik hasrat dan cita-cita Perdana Menteri untuk menjadikan negara kita, ”Satu Malaysia” sebagai Wawasan sepanjang pemerintahan beliau. Amanah yang pikul Perdana Menteri dalam merealisasikan impian kira-kira 28.306 juta orang rakyat Malaysia.

4 komen:

  1. Konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri adalah satu konsep yang perlu diterangkan kesetiap pelusuk negeri sehinggalah ke pedalaman Sarawak. Namun begitu konsep 1Malaysia ini hanya dapat diterima pakai sekiranya pembangunan yang dirancang kerajaan akan meliputi seluruh negeri Sarawak sehingga ke kawasan pedelaman.
    Contoh yang mudah : Kerajaan bina jalanraya ke Kapit. Bina jalan-jalan kampung ke kawasan pedelaman.
    Selesaikan isu-isu Tanah NCR / apa status tanah NCR sebanrnya? Beri permit tanah.
    Kawal harga barang secara meluas?
    Perbanyakkan stesen minyak dengan harga bersubsidi?
    Rakyat tahu bahawa untuk melaksanakan projek ini amatlah rumit dan mengambil masa.
    Namun begitu, kerajaan haruslah berusaha untuk merealisasikan kehendak rakyat ini.
    1Malaysia akan disambut baik oleh rakyat, sekiranya masalah rakyat di kawasan pedelaman ini diambil kira oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  2. AJK PKR Putrajaya di http://jamilismail.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. This is something I would like to share with all friends.When I first went into Lim Kit Siang's blog (blog.limkitsiang.com), the first thing I read is him calling Mukhriz (Jerlun MP) and Tan Keng Liang (gerakan kedah youth chief) as people "lack of grey matters" and silly. That was about 2 weeks ago. Today, I read that he said "the IQ of the Health Minister, Datuk Seri Liow Tiong Lai, who is MCA Vice President and Penang MCA State chief, is highly suspect when he could not understand simple English". The problem is that the more Lim Kit Siang branding that he is smarter than the rest of the people in the world (which I don't belief), the more people will just see him as a person barking on the wrong tree. I support DAP but I wish that our party's chairman can be more polite when addressing other leaders (whether they are Barisan or Pakatan). Otherwise, this will set bad example to the new generation of Malaysians.

    ReplyDelete
  4. Cepatlah BN jatuh, supaya Al Juburi dan kuncu kuncunya dari 'bangsa pendatang' naik menjadi pemerintah.

    Nak sangat aku melihat melayu yang tak sedar diri merasa hidup macam pelarian Palestine dan Bosnia Herzegovina.

    Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat selama umno memerintah sehingga aku sudah mampu untuk berpindah ke Australia bersama seluruh keluarga dan mertua aku.

    Melayu tidak akan sedar selagi mereka sendiri tidak merasa keperitannya.

    Terpaksalah aku merasa hujan emas di negeri orang kerana bangsa ku memilih hujan batu di negaranya sendiri !!!

    Semoga Allah memudahkan jalan bagi al juburi kembali ke Sungai Buloh

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger