Wednesday, May 27, 2009

SARAWAK TERUS PERTINGKATKAN PROGRAM PEMBANGUNAN TANAH NCR

Kerajaan negeri Sarawak akan terus mencari jalan bagi meningkatkan program pembangunan tanah bagi Hak Tanah Adat (NCR).

Justeru, kerajaan Sarawak telah melantik Lembaga Simpanan dan Kemajuan Tanah (LCD atau PELITA) dan pasukan petugas berhubung kemajuan tanah NCR mencari jalan bagi memberi pulangan maksimum kepada pemilik tanah NCR dan menggalakkan lebih ramai peserta tanah NCR. Tindakan kerajaan ini bertujuan untuk membantu penduduk dalam membangunkan tanah NCR yang terbiar dan mampu memberi pulangan kepada pemilik tanah NCR.

Bagi setiap hektar tanah, kerajaan telah memutuskan semua peserta pembangunan tanah NCR di seluruh negeri akan menerima RM150 bagi setiap hektar sebagai intensif setiap tahun.

Pemilik tanah NCR akan menikmati insentif ini sehingga mereka mendapat bayaran dividen. Syarikat perlu mengambil masa untuk mula membayar dividen kerana terpaksa menunggu sawit untuk matang, mengeluarkan buah dan dan untuk dituai.


Sekumpulan 174 orang dari 22 rumah panjang yang menyertai perladangan Teamplete PELITA menerima insentif berjumlah RM70,180. Mereka juga menerima surat pengesahan pemilikan bagi lot individu dalam perladangan yang dikeluarkan oleh LCDA.


Kumpulan lain seramai 1,701 dari rumah panjang yang juga peserta bersama perladangan Boustead PELITA Kanowit meliputi kawasan seluas 14,000 hektar, menerima sejumlah RM1.678 juta dalam bentuk dividen.


Pemilik tanah NCR harus mengambil peluang ini bagi memperoleh pendapatan hasil daripada pembangunan NCR. Konsep yang diterapkan ini berlandaskan 1Malaysia, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Cakap-cakap yang mengatakan kerajaan mengambil tanah NCR rakyat adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya kerajaan sentiasa berusaha mempertingkatkan pendapatan rakyat dan seterusnya membantu rakyat dalam mengusahakan tanah NCR.


Sumber: Utusan Sarawak

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger