Friday, May 8, 2009

SATU LAGI DRAMA PKR SARAWAK: DUN PERAK KECOH, PKR SARAWAK SENGAJA BUAT KECOH

Hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam telah menyaksikan kekecohan berlaku di dalam dewan yang mulia. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia berlaku kekecohan sehingga menyebabkan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim terpaksa menunggu di kamar di raja selama 5 jam bagi merasmikan majlis pembukaan sidang DUN Perak.
Kesabaran
Disebabkan kekecohan yang ditimbulkan ADUN Pakatan Rakyat, secara langsung telah mengherat Pemangku Sultan Perak dan Raja Puan Besar turut sama ‘merasai’ perbuatan Pakatan Rakyat. Bayangkan kesabaran selama 5 jam yang terpaksa diharungi Pemangku Sultan Perak dan Raja Puan Besar di dalam kamar di raja bagi tujuan merasmikan pembukaan sidang DUN Perak. Tindakan Pakatan Rakyat ini menunjukkan mereka bukan sahaja tidak menghormati Pemangku Sultan Perak dan Raja Puan Besar tetapi juga hanya mementingkan kedudukan mereka sahaja.
Suasana Dewan
Kecoh dan menghina institusi raja itulah suasana sidang DUN Perak yang berlangsung semalam yang dapat dirungkaikan beberapa akhbar nasional dan tempatan. Majlis perasmian DUN yang sepatutnya berlangsung kira-kira jam 10 pagi telah ditunda gara-gara sikap dan tindakan ADUN Pakatan Rakyat yang masih beranggapan mereka dipihak kerajaan. Hakikatnya mereka kini adalah pembangkang disebabkan tidak cukup majoriti bagi membentuk kerajaan.
Adegan tolak-menolak, pergelutan kecil dan hamburan kata-kata kesat telah dapat disaksikan dengan jelas seperti yang disiarkan dalam berita-berita di televisyen. Kesemua tindakan ini didorong sikap angkuh, degil dan tamak hinggakan tindakan ADUN Pakatan Rakyat sanggup mempermainkan kemuliaan dewan sehingga mewujudkan suasana tegang.
Disebabkan tidak lagi tahan sabar menunggu, kehadiran Raja Dr Nazrin berjaya menenangkan keadaan. Susulan itu, baginda menitahkan Mohamad Nizar dan Datuk Ngeh Koo Ham berjumpa dan membisik sesuatu kepada mereka berdua. Akhirnya pembangkang mula mematuhi dewan. Keadaan ini telah memberi ruang kepada Raja Dr Nazrin merasmikan persidangan DUN Perak dan seterusnya menyampaikan titah ucapan perasmian.
Suasana Luar Dewan
Di luar DUN Perak lain pula tindakan ahli-ahli Pakatan Rakyat. Sebelum ini polis telah mengeluarkan arahan supaya rakyat tidak dibenarkan berada dan berhimpun pada jarak 500 meter dari dewan. Bagaimanapun, di atas sengaja tidak mendengar arahan atau tidak memahami arahan atau tidak tahu menguasai kemahiran membaca dan memahami ayat, maka seramai 69 ahli-ahli Pakatan Rakyat termasuk YB dan pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat di tahan polis. Dalam hal ini, polis telah menjalankan tugasnya dengan baik demi menjaga keselamatan awam.Suasana Di Sarawak
Kekecohan dan kepanasan sidang DUN Perak juga mendapat simpati dan perhatian daripada ahli-ahli PKR di Sarawak. Atas dasar meraih populariti dan meminta simpati daripada rakyat Sarawak maka PKR Sarawak menerusi Ketua Angkatan Muda Keadilan Sarawak, Dominique Ng bersama 10 warga Sarawak telah ditangkap polis semasa mereka sedang berkumpul di Kuching Waterfront, pada jam 9 malam semalam. Tindakan mereka berkumpul di situ sebagai membantah dan menunjukkan kejelekan mereka terhadap apa yang berlaku di sidang DUN Perak.
Sudah menjadi amalan PKR, setiap kali mereka tidak berpuas hati dimestikan membuat perhimpunan haram. Tidakkah mereka terfikir bahawa tindakan mereka ini telah mengancam keselamatan awam. Atau perlukan PKR mengadakan perhimpunan haram semata-mata ingin menunjukkan bantahan ke atas kekecohan DUN Perak. Ternyata tindakan PKR ini bukan sahaja mengancam keselamatan awam tetapi juga tidak memahami dan mematuhi undang-undang negara. Memang menjadi tradisi ahli-ahli PKR melanggar undang-undang dan peraturan negara.....
Simpati yang PKR Sarawak tunjukkan itu seharusnya ditujukan kepada rakan-rakan mereka yang telah bertindak memulakan kekecohan di DUN Perak. Sebagai wakil rakyat yang berpendidikan tinggi, disegani dan dipilih rakyat, mereka seharusnya menunjukkan sikap yang baik kepada rakyat dan bukan memulakan aksi-aksi ganas dan penggunaan kata-kata kesat kepada wakil rakyat lain seperti mana yang diperlihatkan mereka dalam persidangan DUN Perak semalam. Sebelum ini kita banyak melihat aksi-aksi ganas di dewan persidangan di luar negara dan sekarang telah menular di negara kita. Itulah Pakatan Rakyat yang telah menjadi amalan mereka mengkucar-kacirkan keamanan dan amalan demokrasi berparlimen yang telah dipegang erat kerajaan BN selama ini.
Sumber: Berita Harian dan Utusan Malaysia

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger