Monday, May 18, 2009

YB CHONG CHIENG JEN TARIK BALIK TUDUHAN, DEWAN UNDANGAN NEGERI BUKAN TEMPAT BERPOLITIK

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP-Kota Sentosa telah menarik balik kenyataannya berhubung tuduhan terhadap Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang berbohong mengenai kajian Langkah Pencegahan Banjir yang menjadi isu panas di Persidangan DUN Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

Tindakan YB DAP-Kota Sentosa itu menarik balik kenyataannya bagi mengelak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa DUN. Sebelum ini, Speaker DUN telah mengarahkan beliau menarik balik tuduhan tersebut atau mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataan itu atau dirujuk kepada jawatankuasa khas itu.

YB Kota Sentosa itu mengambil keputusan menarik balik tudahannya itu. Beliau yang sebelum ini bertegas mempertahankan kenyataannya akhirnya telah menukar fikiran dan menarik balik kenyataannya. Keputusa itu telah membolehkan beliau terlepas daripada dirujuk kepada jawatankuasa khas.

Tujuan utama persidangan DUN ialah untuk mengemukakan permasalahan rakyat dan persoalan-persoalan mengenai pentadbiran kerajaan dan bukannya membawa isu politik di dalam DUN. Justeru, tindakan YB dari DAP itu membawa isu politik di dalam DUN dilihat sebagai tidak sesuai dan tidak sepatutnya berlaku. Pembangkang seharusnya menggunakan persidangan DUN ini sebagai medan untuk memperjuangkan kepentingan rakyat dan bukannya meraih simpati politik.

Sumber: Utusan Sarawak

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger