Tuesday, June 30, 2009

BN SARAWAK TERIMA ‘KERAJAAN PERPADUAN’ SEBAGAI PEMANGKIN 1MALAYSIA, TAPI PAKATAN RAKYAT TOLAK IDEA CETUSAN PAS

BN Sarawak Sokong Penubuhan Pembentukan Kerajaan Perpaduan

Pandangan positif daripada pemimpin-pemimpin BN Sarawak terhadap kenyataan pembentukan kerajaan perpaduan yang dicetuskan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang “... tidak melihat ia sebagai ancaman politik kepada parti Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang”.

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawam Ikom menegaskan jika usaha itu dapat direalisasikan ia akan mengukuhkan lagi kestabilan politik Malaysia, sekaligus menyakinkan lebih ramai pelabur asing menanam modal di negara ini.

Melihat keadaan begitu banyak pergolakan politik berlaku di Semenanjung sehingga menakutkan pelabur menanam modal di Malaysia. Siapa yang rugi? Kalau tidak rakyat di negara kita sendiri. Justeru, pembentukan kerajaan perpaduan bukan saja untuk orang Melayu, malah etnik lain di Malaysia.

Bagi ke arah kebaikan dan permulaan 1Malaysia, BN Sarawak menyokong idea berkenaan walaupun perjalanannya masih kabur dan berliku. Cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan akan dapat mengukuhkan lagi perpaduan dan intergrasi nasional rakyat pelbagai kaum di negara ini bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga bangsa yang minoriti.

Usaha menyatupadukan rakyat merupakan keutamaan kerajaan BN dan konsep 1Malaysia yang diketengahkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Razak, yang memastikan rakyat terus bersatu padu dan menikmati pembangunan tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.

Bagi kompenan-kompenan BN di Sarawak seperti PBB, SUPP, PRS dan SPDP akan terus menyokong kuat usaha-usaha kerajaan BN di bawah Perdana Menteri termasuk mengukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum dalam polisi-polisi yang dilaksanakannya.


Cetusan Kerajaan Perpaduan

Kerajaan Perpaduan Berakhir??? (Harakah, Bil 1450: 26 – 28 Jun 2009) merupakan tajuk utama yang dipaparkan di dalam akhbar Harakah keluaran PAS.

Idea pembentukan kerajaan perpaduan sebenarnya dicetuskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disokong Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan bukannya dimulakan UMNO mahupun BN. Namun, isu ini telah diputarbelitkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang beranggapan pembentukan kerajaan perpaduan ini diilhamkan UMNO dan BN.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari pertama Muktamar Pas ke-55 pada 5 Jun lalu mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara. Bagaimanapun katanya, gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh-gapah kerana ia suatu yang baru bagi rakyat.


Reaksi Pemimpin-Pemimpin BN dan PR

Pelbagai reaksi telah diberikan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pemimpin-pemimpin PR berhubung idea pembentukan kerajaan perpaduan. Ada yang positif dan tidak kurang pula yang beranggapan negatif walaupun hakikatnya idea ‘kerajaan perpaduan’ tidak bertentangan dengan Islam dan diharuskan dalam kehidupan dalam masyarakat majmuk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Razak menjelaskan berulang kali menyatakan sikap terbuka UMNO ke arah penubuhan kerajaan perpaduan itu dan dalam masa sama melahirkan keyakinan terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin PAS melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, melahirkan rasa kecewa dengan segelintir pemimpin PAS yang menentang kerajaan perpaduan sebelum perkara itu dibincangkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata UMNO menerima baik idea Pas itu dan ia menunjukkan BN sentiasa mengutamakan isu perpaduan.

Bagi pihak pembangkang, pemimpin-pemimpin dari PKR dan DAP lantang mengkritik idea penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetuskan rakan dalam pakatan mereka, PAS.

Melihat kepada dakwaan dan kenyataan pemimpin-pemimpin PR di dalam akhbar alternatif terbitan parti dalam PR yang berpandangan negatif dan menghentam pemimpin-pemimpin BN berhubung pembentukan kerajaan perpaduan.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun isu itu pernah ditimbulkan dalam muktamar Pas tahun lalu dan disebut kembali dalam muktamar tahun ini, pakatan pembangkang mendakwa idea penubuhan kerajaan tersebut sebagai fitnah, tohmahan jahat dan tindakan terdesak UMNO.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta PAS memberi penjelasan kepada rakan dalam gabungan pembangkang berhubung cadangan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta PAS memberi penjelasan kepada rakan dalam gabungan pembangkang berhubung cadangan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"PAS kena beri penjelasan berhubung perkara itu dan setahu saya ia tidak pernah dipersetujui, malah PAS tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi lalu”.


Konflik PAS Berhubung Kerajaan Perpaduan

Konflik terbesar dalam membicarakan kerajaan perpaduan ialah tindakan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, secara terbuka mencabar Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok untuk meletak jawatan dan keluar dari PAS.

Mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang disifatkan suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka. Pakatan pembangkang itu menyifatkan idea berkenaan sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat.

Kenyataan pemimpin-pemimpin tertinggi PR dalam mencapai kata sepakat berhubung insiden pembentukan kerajaan perpaduan.


KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

22 Jun 2009

Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO/ Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata idea penubuhan kerajaan perpaduan bukan saja untuk menyatu padukan orang Melayu malah membabitkan seluruh rakyat... buat apa kita mahu kesal apabila Pakatan Rakyat menolak idea ini sebaliknya ia cadangan Pas. Kita sentiasa berfikiran terbuka.

1 komen:

  1. Salam ziarah..dijemput melawat ke blog ana di http://revolusipedangsrikandi.blogspot.com

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger