Monday, July 27, 2009

HADI PERLU MINTA MAAF DI ATAS KENYATAANNYA MENGHINA MASYARAKAT IBAN

KUCHIING - Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN N29 Batang Ai pada 7 April 2009 yang lalu tidak sewajarnya diperlekehkan dengan menuduh penduduk tidak tahu mengundi serta masih memakai cawat.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata “kejayaan BN pada pilihan raya kecil adalah ekoran penduduk mulai sedar kelemahan pembangkang dan yakin dengan kerajaan sedia ada”.

Presiden PAS itu tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan itu dan harus meminta MAAF kepada masyarakat Iban di Lubok Antu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi malaysiakini.com pada 11 Julai lalu, Hadi berkata kekalahan pembangkang dalam pilihan raya kecil DUN Batang Ai, 7 April lalu disebabkan pengundinya tidak tahu mengundi dan masih memakai cawat.

“Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi yang pakai molek, undi PAS.” - Petikan ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Malaysiakini.com: 11 Julai 2009)

Kenyataan Hadi itu juga secara langsung telah menghina dan merendah-rendahkan pengundi Dayak di Lubok Antu.

Kenapa hendak mempertikaikan pengundi Iban sekiranya memilih BN? Itukan pilihan pengundi atas prinsip demokrasi. Atau adakah bila memilih PAS atau Pakatan Rakyat itu barulah dipanggil demokrasi?

“Memanggil pengundi Dayak di kawasan Lubok Antu sebagai tidak bertamadun (masih memakai cawat) dan tidak tahu mengundi adalah satu kenyataan yang tidak betul dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh individu yang mempunyai gelaran ustaz dan ulama seperti Datuk Seri Hadi Awang”

Beginikah personaliti sebenar pemimpin tertinggi PAS? Jika begitu, beliau tidak layak dipanggil pemimpin.

Pada pilihan raya DUN Batang Ai itu, tiada seorang pun pengundi Dayak memakai cawat.

Bagaimana Hadi boleh terdorong mengeluarkan kenyataan sebegitu walaupun hakikatnya tiada seorang pun pengundi Dayak yang turun mengundi memakai cawat. Dan apakah jika memilih BN sebagai calon pilihan, maka pengundi itu tidak tahu mengundi???

Pada pilhan raya DUN Batang Ai, calon BN, Malcolm Mussen Lamoh menewaskan bekas anggota Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat.

Untuk pengetahuan Hadi dan para pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak tahu menahu mengenai budaya dan adat masyarakat Dayak, dari segi budaya masyarakat Iban atau Dayak, cawat merupakan sebahagian daripada pakaian tradisional dan akan digunakan pada majlis-majlis tertentu bagi menampilkan kebudayaan kaum Dayak dan bukan secara terbuka.

Dalam memperbetulkan tanggapan ini, Presiden PAS, Hadi Awang diminta berkunjung ke rumah-rumah panjang dan melihat sendiri situasi penduduk di sini sebelum lantang memperkatakan sesuatu yang TIDAK BENAR.

3 komen:

  1. Salam 1Sarawak 1Malaysia,

    Kita desak agar haji hadi minta maaf dengan kadar segera...

    jangan biarkan puak-puak dia terus menerus menghina kaum Dayak di Sarawak ini...

    kita pun meminta dato hafsah harun juga harus meminta maaf, kerana kenyataan yang beliau buat dalam utusan Borneo dan The Borneo Post juga menghina kaum Dayak.

    Hafsah telah menyamakan maksud cawat yang disebut oleh haji hadi sama seperti 'mentaliti orang lama' yang bermaksud orang Dayak mempunyai fikiran yang masih ditakuk lama. sila rujuk di http://www.theborneopost.com/?p=55448

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Apakah manusia seperti ini mudah merasai kelemahan diri ? Mungkin tidak, dia sudah mersa terlalu agung.........

    ReplyDelete
  3. Memang patut pun HAJI HADI minta maaf pada masyarakat Dayak Sarawak

    Kerana KEPENTINGAN politik, HAJI HADI sanggup mencalarkan maruahnya sebagai ulama dan agama

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger