Wednesday, January 13, 2010

ANWAR IBRAHIM SEMAKIN TERDESAK MENUNGGU HARI PERBICARAAN

Masyarakat diingatkan supaya tidak terperangkap dengan permainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor mendakwa, pendirian semasa Penasihat PKR itu berhubung isu itu disebabkan beliau semakin terdesak dengan tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang semakin hampir.

Menjelang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka tidak lama lagi adalah tidak mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim dan koncu-koncunya menggunakan isu itu untuk meraih sokongan.

Sebelum ini, pada 5 Januari lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman blognya http://anwaribrahimblog.com menyiarkan kenyataan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhd. Nur Manuty yang mewakili pendirian Parti Keadilan Rakyat dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

PKR berpendirian keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah perkembangan positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak tertentu mengambil kesempatan menjadikannya agenda politik untuk menampakkan merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Ezam mendakwa agenda jahat Anwar itu boleh dilihat melalui kecaman Penasihat PKR itu terhadap negara Islam yang didakwanya menzalimi kelompok minoriti pada awal Disember 2009 di Australia. Kecaman Anwar itu disiarkan dalam media Australia termasuk The Age pada 6 Disember lalu.

"Dan hari ini dia bakar sentimen Kristian di Malaysia dalam isu kalimah Allah, Anwar memang pemimpin yang sanggup lakukan apa saja demi kepentingan peribadi".

Dan kenyataan dia di Australia sebulan sebelum isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia meletus memaparkan agenda jahatnya.

Sumber: Utusan Malaysia

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger