Friday, January 29, 2010

ANWAR SANGGUP BERKROMPOMI DEMI KEPENTINGAN POLITIK

Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam membuktikan beliau sanggup berkompromi dalam soal agama demi kepentingan politik.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menulis artikel bertajuk "Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah" di dalam The Wall Street Journal.

"Sikapnya itu menunjukkan beliau sanggup berkompromi kerana politik,'' kata bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad.

Penganut Islam sebenarnya bukan mahu memonopoli kalimah Allah tetapi ia memang hak eksklusif umat Islam.

Kenyataan Anwar yang menjurus kepada sokongan terhadap bukan Islam menggunakan kalimah Allah itu menunjukkan bahawa beliau mempunyai agenda politik.

"Jangan cuba samakan penyelesaian isu agama dengan isu politik kerana ia sangat berbeza dan akan menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam,'' katanya.

Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan kerana ada pihak mempolitikkan kalimah Allah.

"Kalimah itu memang hak orang Islam dan ia tidak perlu dipertikaikan lagi kerana pendirian seperti ini mengeruhkan lagi keadaan,'' katanya.

Jelas beliau, isu agama harus diselesaikan dengan cara tertutup dan sokongan secara terbuka seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak termasuk Anwar, boleh mengugat kesucian Islam.

Sumber: Utusan Malaysia

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger