Sunday, January 24, 2010

‘HUBUNGAN ISTIMEWA’ ANWAR DAN AZMIN SEMAKIN MENJADI, AZIZAH TIDAK BERSUARA

Isu 'hubungan istimewa' antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya, Azmin Ali dilihat semakin menjadi-jadi.


Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak yang mendakwa tahap hubungan mereka amat sukar difahami kerana Anwar dilihat akan memenuhi apa jua kehendak Azmin.

Hasil 'hubungan istimewa' itu menyebabkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail umpama tiada kuasa dan sekadar menjadi patung dalam struktur kepimpinan parti.

"Pemerhatian saya mendapati hubungan mereka penuh kerahsiaan, saya tidak dapat memahami kenapa, apa jua kehendak Azmin akan dipenuhi Anwar sehingga diberi peluang mengetuai PKR Sabah walaupun ia tidak logik”.

"Memanglah PKR ini diberi jolokan parti 3A tetapi yang berkuasa ialah Anwar dan Azmin sahaja, Azizah ini sekadar 'patung' sahaja," katanya.

Saidatul Badru menyertai PKR pada 1998 dan sewaktu berada di puncak kerjaya politik bersama parti itu beliau meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden dan Pengerusi PKR Sabah pada 3 April 2006 dan kemudiannya keluar parti pada 13 Ogos 2007.

'Hubungan istimewa' antara Anwar dan Azmin sebelum ini pernah dipersoalkan oleh bekas rakan karib Anwar pada 18 Oktober tahun lalu, Datuk S. Nallakarupan yang berkata: "Anda (wartawan) sepatutnya tanya Anwar kenapa Azmin begitu istimewa?

Saidatul Badru berkata beliau yakin sebenarnya Wan Azizah sendiri tidak menyukai 'hubungan istimewa' Anwar dan Azmin tetapi beliau terlalu takut untuk bersuara.

"Namun dalam isu tuduhan meliwat bekas pembantunya, Anwar kita lihat banyak berdalih, kini sibuk pula mahu kesnya dibicarakan mengikut undang-undang syariah supaya empat saksi dikemukakan tapi tidak mahu membersihkan namanya dengan cara alternatif iaitu bersumpah laknat," tegasnya yang merupakan peguam syariah.

Sumber: Utusan Malaysia

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger