Sunday, January 24, 2010

KERAJAAN PRIHATIN DAN TERUS BANGUNKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK SARAWAK

Kerajaan bersetuju mewujudkan bilik-bilik darjah prasekolah di rumah-rumah panjang negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran YB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memberi tumpuan dalam bidang prasekolah memandangkan bidang pembangunan sosial amat penting di negara ini.

“Kita akan melatih guru-guru di kalangan anak-anak yang terpelajar di rumah panjang negeri ini sebelum mereka ditempatkan untuk mengajar anak-anak prasekolah di rumah panjang,” katanya

“Kita akan kenal pasti 300 bilik darjah baru (di sekolah) di seluruh negara mulai tahun ini untuk tujuan tersebut,” katanya sambil menambah ia adalah proses berterusan dalam mewujudkan prasekolah yang merupakan satu-satunya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang kini telah mencapai 67 peratus dan perlu ditingkatkan kepada 87 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Balai di Jalan Bakun dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena, katanya kerajaan telah bersetuju dan ia telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

“Kerajaan akan mengenal pasti keutamaan sekolah terutamanya bagaimana untuk memperbaiki sekolah-sekolah yang usang dan yang sering dilanda banjir,” jelasnya sambil menambah ia akan diberikan keutamaan dalam RMK10", katanya.

Jelasnya, soal pelajaran akan terus diberikan sokongan antaranya prasekolah untuk setiap anak berusia tiga hingga lima tahun amat penting dalam menyediakan asas untuk memperkukuhkan ilmu mereka.

Rata-rata penduduk Sarawak menyokong Barisan Nasional negeri dan pusat yang memperlihatkan penduduk di negeri ini faham mengenai dasar-dasar dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai gagasan 1Malaysia dan ia juga dilihat sudah sebati di jiwa setiap suku kaum di negeri ini.

Permohonan peruntukan menambah baik Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung San Sebauh yang berkos RM500,000 dan kini telah mempunyai dana RM200,000 serta memerlukan RM300,000 peruntukan lagi, beliau berkata: “Ia jumlah yang kecil yang bukan mencecah juta, justeru kita meluluskan permintaan tersebut.”

1 komen:

  1. seee??? I suka muhyiddin ni jadi menteri pelajaran. Idea dia bernas and lebih memikirkan rakyat tak kira bandar atau luar bandar.

    I sokong cadangan pra sekolah ni.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger