Wednesday, January 13, 2010

PEGUAM SOKONG KEPUTUSAN MAHKAMAH

KUCHING- Ketika pemimpin-pemimpin negara dan agama melahirkan kecaman ke atas tindakan membakar gereja di Semenanjung dan beberapa pemimpin Gereja mengambil sikap berkecuali, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan apabila mengadakan perhimpunan sebagai menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu.

Sekumpulan 11 peguam berkumpul di hadapan Kompleks Mahkamah Negeri di Petra Jaya hari ini sebagai menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly.

Dalam perhimpunan 30 minit bermula pukul 8 pagi itu, kumpulan terbabit membawa kain rentang turut menandatangani deklarasi menyokong keputusan tersebut yang dibuat pada 31 Disember 2009.

Kesemua peguam yang menyertai perhimpunan itu terdiri daripada Parti DAP seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, YB Chong Chieng Chen, ADUN Bukit Assek, YB Wong Ho Leng, ADUN Pending YB Violet Wui Wui.

Paderi Pusat Putra Kristian di Serdang, Selangor, Vincent Chan Wei San pula mengambil pendekatan berbeza dan menjernihkan semula keadaan atau 'ketegangan' ketika ini dengan mengelak daripada menggunakan kalimah Allah dalam ceramah atau khutbahnya. "Umat Islam dan penganut Kristian sepatutnya bersahabat dan bukannya bermusuhan antara satu sama lain”.

Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun yang meminta akhbar mingguan Katolik itu menggugurkan tuntutannya di mahkamah.

Semua pihak perlu bertenang dan tidak emosional sebaliknya rasional dalam menangani isu tuntutan kalimah Allah. Penyelesaian secara berdialog perlu dilakukan supaya pihak yang terlibat dapat memberi pandangan mengenai perkara tersebut secara ilmiah.

Penyelesaian bersandarkan ilmu dengan mengambil kira faktor sejarah, perlembagaan, kontrak sosial dan juga semangat perpaduan di negara ini perlu dilakukan.

Sumber: Utusan Malaysia

3 komen:

  1. Salam Wira, inilah peranan DAP untuk menanam rasa benci penganut-penganut bukan Islam kepada BN.....

    ReplyDelete
  2. Nama pun pembangkang, kepentingan politik menjadi keutamaan mereka.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum

    Melihat kepada ketegangan isu Kalimah Allah ini pihak pembangkang seolah-olah mengambil langkah menyokong tindakan tersebut.....itu pun sebab pakai huruh ALLAH....cuba kalau pakai Huruf jawi apa akan terjadi...akak rasa semua orang melompat...tetapi tiada bezanya huruf jawi dengan huruf rumi....sama jugak bacanya........sensitiviti ini yang membuatkan Seluruh Umat islam di Malaysia ni melompat marah.....tetapi berlainan pula dengan pembangkang.....Mereka ada Tok Guru pun sama je pendapat dengan Anwar...sebab tu benda ini dirancang.......so kesilapanya akan nampak kepada Kerajaan yang memerintah lebih besar lagi impaknya kepada Perdana menteri kerana rakyat akan melihat bahawa Perdana Menteri tidak mampu menyelesaikan permasalahan ini , dan kesudahanya adalah , PM akan jatuh.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger