Tuesday, January 26, 2010

PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI MIDIN KECEWA LALU TUBUHKAN CAWANGAN PKR

KUCHING – Selepas menunggu lebih dari 25 tahun untuk mendapatkan perhatian Kerajaan dalam menyalurkan pelbagai pembangunan prasarana dan infrastruktur asas, penduduk Kampung Sungai Midin telah hilang kepercayaan dan berpaling tadah kepada parti pembangkang.

Persoalan; Adakah betul penduduk-penduduk di Kampung Sungai Midin telah tinggal lebih dari 25 tahun?

Justeru, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menubuhkan cawangan Kampung Sungai Midin di Kampung Semerah Padi, Semariang.

Itulah feel masyarakat kita yang cepat lupa daratan dan tidak kenang budi. Apabila sudah termakan dengan pujukan dan ikutkan perasaan, segala kesetiaan dan budi yang diberikan Kerajaan ditolak ke tepi dan terus dilupakan. Ikutkan hati, terjeratlah dengan pujuk rayu pembangkang yang dikatakan mampu memberikan segala apa yang dihajati. Perasaan kecewa jelas membuatkan manusia membuat keputusan di luar batasan pemikiran.

Penubuhan cawangan itu adalah bagi memastikan penduduk di Kampung Sungai Midin juga mendapat perhatian sebuah parti agar mereka dapat merasakan ‘pembelaan’.

Pembelaan! Mampukah pembangkang membela penduduk-penduduk Kampung Sungai Midin yang dikatakan telah menunggu mendapatkan infrastruktur selama 25 tahun? Atau, Apakah mereka ini hanya menonjolkan diri sebagai pemimpin demi kepentingan individu?

Dianggarkan sebanyak 150 hingga 180 buah penempatan penduduk di kampung terbabit kini masing menggunakan generator sebagai sumber bekalan elektrik.

“Setiap pilihan raya diadakan, kami mengundi calon Barisan Nasional yang saya rasakan sudah 3 orang calon berlainan yang bertanding di kawasan ini”.

Betulkah semua penduduk di sini mengundi calon BN? Atau, betulkah semua penduduk di sini boleh mengundi? Apa yang pasti, kebanyakan penduduk di sini merupakan pendatang dari luar Semariang dan bukannya penduduk asal Semariang.

“Namun, apa yang menyedihkan kami apabila tiada seorang pun calon terbabit yang telah memenangi dalam pilihan raya menjenguk dan memberikan perhatian terhadap keperluan kami di sini”, menurut seorang penduduk, Mohamad Idris Mohamad Mydin.

Apakah motif sebenar penduduk ini menyatakan sedemikian. Difahamkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebelum ini, Ahli Parlimen Petra Jaya telah merasmikan pembinaan Rumah Mesra Rakyat. Pembinaan Rumah Mesra Rakyat ini diharap akan dapat mengubah kehidupan rakyat di kampung ini.

Dengan kekecewaan itu, maka penduduk yang dianggarkan lebih 1,000 orang telah mengambil keputusan untuk ‘pembelaan’ daripada PKR.

“Kami terpaksa menerima penubuhan cawangan PKR di kampung ini kerana kami juga ingin mengalami perubahan seperti kampung-kampung lain”, menurut Ibrahim Anuar.

Berapa banyakkah?, Kampung manakah?, dan Di manakah kampung-kampung yang telah dibangunkan PKR di Sarawak sehingga menyatakan penubuhan Cawangan PKR akan mengubah Kampung Sungai Midin.

Berapa lamakah PKR akan dapat ‘mentranformasikan’ Kampung Sungai Midin untuk dinaik taraf sebagai ‘kampung’. Setahun, dua tahun, lima tahun atau menunggu sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

3 komen:

  1. tolong bgt tahu kat penduduk kg midin..nti mereka pun jadi mcm kg buah pala..tgk mcm mn anuwar janji..2minggu slpas menang..pas tu apa dah jd..tlg renung2kan..kita punya saluran tertentu..kalau adun tak belih setel.bawa keatas..kalau susah sgt..panggil media..

    ReplyDelete
  2. Salam bro,

    Jangan terlalu yakin dengan pujukan pembangkang lebih-lebih lagi dengan PKR Anwar Al Jub.... silap-silap gaya kena pusing belakang...... macam penduduk Kg Buah Pala......

    ReplyDelete
  3. taik palat ktk org. jaga jak hal ktk org di sinun.. kmk org kat sitok pande2 lah carik jalan dikpun.. taik palat semenanjung

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger