Saturday, January 23, 2010

PRS SEDIA HADAPI PKR SARAWAK LETAK CALON PROFESIONAL DALAM PILIHAN RAYA SARAWAK

Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak akan gentar dengan kehadiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang bakal mencabar kedudukan mereka di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik parti terbabit menjelang pilihan raya akan datang.

Ketua Biro Politik Negeri PKR, Baharuddin Dato Mokhsen menyatakan pihaknya akan menampilkan beberapa muka baru yang bakal bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.

Itu hak mereka (pembangkang) jika mereka mahu bertanding di mana-mana kerusi DUN pada pilihan raya akan datang kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi.

Muka-muka baru dari PKR yang dibayangkan bakal bertanding pada pilihan raya negeri akan datang ialah Ibi Uding (Balai Ringin), Richard Lias (Kanowit), Jemat Panjang (Lambir), Angela Labing (Engkilili) dan Frankie Bedindang (Hulu Rajang).

YB Dato Sri Dr James Jemut Masing yang juga Presiden PRS, meminta penduduk kaum Dayak terutamanya Iban dalam negeri ini agar tidak mudah diperlekehkan oleh pihak pembangkang menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Justeru saya mahu semua penduduk Dayak khususnya orang Iban agar memikirkan hal ini sedalam-dalamnya sebelum bertindak menyokong calon PKR menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Jaminan kepada semua penduduk bahawa kerajaan akan tetap meneruskan projek pembangunan seperti biasa dalam negeri ini menerusi peruntukan oleh yang sedia ada.

Peruntukan yang dimiliki oleh kerajaan menurut Masing boleh disifatkan sebagai ‘air sungai yang tidak pernah putus alirannya’ berbanding dengan peruntukan milik pihak pembangkang yang disifatkan seperti ‘air di dalam dulang yang akan habis tanpa diganti dengan yang air baru’.

Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Penyelarasan), YB Mong anak Dagang berkata proses pembangunan akan terbantut sekiranya penduduk di dalam sesebuah kawasan itu kerap menukar wakil rakyat mereka apabila berlangsungnya pilihan raya dalam negeri ini.

Sekiranya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ditolak oleh penduduk pada menjelang pilihan raya akan datang dan seterusnya diganti oleh wakil rakyat pembangkang maka sudah tentunya pelan pembangunan di kawasan itu terbantut dan ini sekaligus merugikan penduduk dalam menikmati pembangunan secara berterusan.

1 komen:

  1. Setiap parti politik terutama di kalangan parti komponen Barisan Nasional seharusnya tidak genter dengan dakyah pembangkang. Kita harus melihat pencapaian BN dan pembangkang serta sumbangan kepada negara. Apa BN buat dan Apa pulak yang pembangkang buat. Nilai-nilaikan.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger