Friday, January 22, 2010

SEJAUH MANAKAH KERJASAMA SNAP DENGAN PAKATAN RAKYAT DALAM MENGHADAPI PILIHAN RAYA DUN SARAWAK?

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang ditubuhkan sebelum Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia, disahkan menyertai Pakatan Rakyat (PR) sejak 2006 lagi yang mana pada ketika itu, gabungan pembangkang di Sarawak menamakan diri mereka sebagai Barisan Bersatu Sarawak (BBS).
Pada Pilihan Raya DUN 2006, telah menyaksikan parti SNAP telah meletakkan calon hampir di kebanyakan kawasan DUN terutama di kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun, ketika itu kesemua calon SNAP telah mengalami kekalahan di tangan BN.

Walaupun PR ditubuhkan selepas Mac 2008, namun, dalam pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2006, SNAP telah pun bersama PKR, Kongres Dayak Malaysia (MDC) dan PAS bagi menjalinkan satu gabungan politik untuk menentang BN yang akhirnya menyaksikan pembangkang berjaya meraih 9 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Bagaimanapun, tiada satu pun kawasan DUN yang dimenangi itu diperolehi dari SNAP.

Senario politik semasa Sarawak pada kali ini amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan Pilihan Raya DUN Sarawak 2006. Pada kali ini, PKR Sarawak dilihat sangat dominan berbanding parti pembangkang lain seperti DAP, PAS mahupun SNAP sendiri.

Pendirian PKR Sarawak yang sebelum ini akan meletakkan calon-calon yang kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional untuk bertanding di kawasan DUN di pedalaman pastinya membuatkan SNAP terpaksa menyerah beberapa buah kawasan DUN dan meletakkan parti ini di kedudukan terakhir walaupun ia sebuah parti popular tempatan Sarawak suatu ketika dahulu. Hakikat ini perlu diakui SNAP apabila dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2006, yang ketika itu PKR Sarawak masih lagi mencari arah perjuangan dan menempatkan diri dalam politik Sarawak.


Berbeza SNAP yang merupakan parti tempatan yang mempunyai nama dan pengaruhnya tersendiri tidak mahu identitinya tenggelam di kalangan parti-parti pembangkang lain. Justeru, persoalan di sini mahukah PKR Sarawak berkrompomi dengan SNAP dalam pembahagian kawasan DUN? Kerana jika diamati, impian besar PKR Sarawak untuk menakluk dan mentadbir Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat menang?


Dakwaan segelintir pihak berhubung wujudnya pemimpin tertentu di dalam SNAP yang menyokong BN. Pemimpin SNAP yang menyokong BN itu telahpun dikenakan tindakan disiplin oleh jawatankuasa SNAP dan orang itulah yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan pengundi dalam pilihan raya kecil Batang Air tahun lalu sehingga menyaksikan BN mengekalkan DUN tersebut.

Keadaan ini pastinya tidak berubah andai persefahaman di antara SNAP dan parti-parti pembangkang lain terutama dalam pembahagian kawasanDUN. Untuk itu, keputusan SNAP untuk menyertai Pakatan Rakyat amat merugikan dalam soal politik tempatan Sarawak yang mana potensi SNAP untuk meraih populariti lebih tinggi berbanding PKR Sarawak yang dianggap sebagai parti Semenanjung yang hanya mengutamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger