Wednesday, February 24, 2010

KEPIMPINAN PERDANA MENTERI DAN KERAJAAN BN AKAN TERUS BANTU MEMBANGUNKAN RAKYAT SARAWAK

Skim-skim penempatan semula Rascom telah diwujudkan sejak 1972 oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang merupakan ayahanda kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tujuan melindungi rakyat daripada ancaman pengganas komunis ketika itu.

Dan, hari ini Kerajaan di bawah pentadbiran Najib telah memperuntukkan RM35 juta untuk pembangunan kawasan Kawalan Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom) yang pernah diancam komunis satu ketika dahulu.

a. Sebanyak RM18 juta akan disalurkan bagi membaiki 1,420 pintu rumah panjang yang menempatkan 12,000 penghuni,

b. Setiap rumah di skim-skim penempatan semula Nanga Janggau, Nanga Ngungun, Nanga Skuau dan Nanga Tada mendapat peruntukan sebanyak RM12,000 untuk dibaikpulih,

c. Sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi pembinaan jalan antara Nanga Janggau dan Nanga Ngungun, dan

d. RM9 juta lagi diperuntukkan untuk pembinaan sebuah klinik di Nanga Tada.


Najib juga mengumumkan penubuhan Yayasan 1Malaysia:

a. Memberi bantuan kewangan kepada 477 orang pelajar sekolah di kawasan skim penempatan semula itu dalam bentuk simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN); pelajar sekolah rendah akan menerima RM450 setahun setiap orang, manakala pelajar sekolah menengah pula akan mendapat bantuan RM600 setahun.

Dalam menggerakkan sosioekonomi dan pendapatan penduduk, Najib akan meminta Risda untuk mengenal pasti kawasan di skim-skim penempatan semula ini yang berpotensi untuk penanaman getah secara kekal

Menurut Najib, jika kawasan ini tidak ditubuhkan, maka ramai yang sudah tiada pada hari ini. Saya datang ke sini bukan sahaja dengan penuh perasaan nostalgia, tetapi untuk menghabiskan kerja-kerja ayahanda saya. Kalau ayahanda membuka kerja di sini, biarlah saya menutupnya.

Keprihatinan Najib dan Kerajaan BN kepada masyarakat Sarawak menunjukkan bahawa Kerajaan tidak akan sesekali meminggirkan penduduk kawasan pedalaman di Sarawak dan Sabah dalam mengecapi arus kemodenan. Tumpuan pastinya menjurus kepada meningkatkan pembangunan fizikal seperti bekalan elektrik, bekalan air dan komunikasi serta pendapatan masyarakat sesuai dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger