Friday, February 5, 2010

KERAJAAN BARISAN NASIONAL KOMITED UNTUK TERUS BANGUNKAN SARAWAK

Kerajaan Barisan Nasional (BN) komited untuk terus bangunkan Sarawak. Ini terbukti apabila apa yang Sarawak perolehi pada hari ini adalah kepercayaan dan keyakinan masyarakat Sarawak terhadap pemerintahan BN.

Untuk itu, bagi mencapai pembangunan yang berterusan, masyarakat Sarawak perlu memberikan mandat sekali lagi dalam mentadbir Sarawak dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Sokongan masyarakat khususnya datang dari penduduk-penduduk luar bandar. Kawasan luar bandar pastinya mahukan pembangunan yang berterusan dan ini akan mempertingkatkan taraf sosioekonomi.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan kita (BN) mesti perlu kerja keras dengan turun padang untuk melihat dan memahami masalah yang dihadapi rakyat.

“Saya yakin BN masih diberi kepercayaan oleh rakyat Sarawak untuk terus memerintah”, katanya.

Rekod cemerlang sepanjang pemerintahan BN terbukti sekali lagi apabila menerima suntikan dana sebanyak RM3.4 bilion bagi membangunkan kawasan luar bandar menerusi peruntukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun mulai tahun ini di bawah Randangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Peruntukan tersebut akan digunakan untuk membangunkan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air bersih dan keperluan rumah untuk golongan miskin.

Projek pembinaan jalan raya yang menghubungkan bandar Sibu dan Kapit akan dilaksanakan pada tahun ini. Sejumlah RM100 juta telah diperuntuk bagi membangunkan projek tersebut dan ia diumumkan semasa pembentangan Bajet 2010.

Dalam pada itu, Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk membina jalan Kampung Bungun Besar dan Kampung Bungan Kecil di bawah Projek Jalan Kampung.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger