Tuesday, February 23, 2010

PERDANA MENTERI TERUSKAN TRADISI BAPANYA UNTUK MAJUKAN SARAWAK

Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janjinya yang dibuat semasa mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada April tahun lepas dengan mengadakan siri lawatan kedua di Sarawak pada 22 dan 23 Februari 2010.

“Bukan sahaja saya melawat bandar-bandar besar seperti Kuching, Miri dan Sibu tetapi juga saya melawat kampung-kampung”, katanya semasa merasmikan sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka Sepetember lepas.

Beliau akan melawat ke setiap ceruk rantau di Sarawak dan Sabah dengan menyifatkannya sebagai tempat di mana Gagasan 1Malaysia diamalkan.


Penghulu Ugap anak Seribu

Penghulu Ugap anak Seribu, 49, ketua bagi 16 Rumah Panjang di Nanga Tada, kira-kira 90 minit perjalanan melalui jalan raya dari Sibu mengatakan tidak pernah terlintas difikirannya bahawa Najib selaku Perdana Menteri akan melawat mereka suatu hari nanti.

Sebelum ini, Najib pernah melawat ke Nanga Tada pada 18 Ogos 2000 atas kapasiti sebagai Menteri Pertahanan bagi menyampaikan takziah kepada Medan Nunying, bapa anggota komando tentera Mathew Medan, 25, yang terbunuh pada 2 Julai 2000 dalam inseiden rampasan senjata dan penahanan tebusan membabitkan kumpulan Al-Ma’unah di Sauk, Perak.

Najib mahu mengikut jejak langkah bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Ke-2, telah melawat rumah panjang Dadom di Nanga Bugau, Sungai Kajah pada awal 1972.

Ugap yang ketika itu mengiringi bapanya, mendiang Penghulu Seribu anak Repong pada lawatan itu, masih ingat gesaan Tun Abdul Razak agar masyarakat Iban tidak memberikan sebarang bantuan kepada pengganas komunis dan berdiri teguh di belakang Kerajaan.


Hadiah Buat Sarawak

Pada hari ini, Najib menghargai kepentingan Sarawak dengan mengumumkan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur seperti bekalan elektrik, air bersih, pembinaan jalan raya dan rumah orang miskin terutamanya untuk penduduk pedalaman Sarawak yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012.

“Tujuan saya datang ke Sarawak adalah untuk melihat kejayaan yang telah kita lakukan serta memberi komitmen dan keyakinan bahawa banyak lagi projek luar bandar akan laksanakan seperti Akujanji kepada rakyat Sarawak di bawah konsep Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) terutama sekali melibatkan pembangunan prasarana luar bandar,” kata beliau.

Apa yang dekat pada hatinya ialah mengenai pembangunan luar bandar kerana terpengaruh dengan sifat ayahnya, Allahyarham Tun Abdul Razak yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.

Najib memberitahu, salah satu misi yang dekat di hatinya dan ingin diselesaikan ialah agenda pembangunan luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, Kerajaan BN akan terus membangunkan Sarawak dan mahukan rakyat Sarawak untuk terus memberikan mandat mentadbir Sarawak pada Pilihan Raya DUN Sarawak.


2 komen:

  1. Salam bro, ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi jua..........

    ReplyDelete
  2. Betul tu YANG GAMBI.... Semangat macam tu yang perlu ada sebagai pemimpin berjiwa rakyat "Rakyat Didahulukan"

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger