Sunday, February 28, 2010

SUPP PERSIAP JENTERA UNTUK HADAPI PILIHAN RAYA DUN SARAWAK

Presiden SUPP, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan menjelaskan SUPP mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang berbanding Pilihan Raya DUN Sarawak 2006.

Melihat kepada kekuatan DAP di Sarawak, Presiden SUPP mengingatkan bahawa Pakatan Rakyat yang diterajui PKR, DAP dan PAS di Semenanjung sedang mengalami pergolakan khususnya di negeri yang diterajui pembangkang dan sekarang membawa pula di Sarawak.

Rakyat seharusnya melihat situasi semasa politik di Semenanjung yang sedang mengalami pergolakan dan dibawa pembangkang ke Sarawak bukan sahaja mendatangkan masalah kepada rakyat bahkan juga menunjukkan bahawa bukan mudah berada di bawah pemerintahan pembangkang.

SUPP sekarang tampil dengan idea baru, dan badan bukan Kerajaan (NGO) turut menyatakan sokongan dan membantu SUPP dalam merealisasikan hasrat parti Barisan Nasional.

Timbalan Menteri Kerja Raya YB Datuk Yong Khoon Seng menyeru pemimpin serta ahli SUPP menerapkan mentaliti ‘rakyat adalah majikan dan pemimpin adalah pekerja yang bekerja untuk rakyat'.

SUPP akan bekerja keras untuk menawan kembali empat kerusi di bandaraya Kuching iaitu N9 Padungan, N10 Pending, N11 Batu Lintang dan N12 Kota Sentosa daripada pembangkang dengan mengemukakan muka baru yang berpotensi dan boleh bekerja untuk rakyat.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger