Saturday, February 6, 2010

WANG IHSAN: VIOLET YONG BUAT TUDUHAN, PEJABAT RESIDEN KUCHING TELAH AGIHKAN RM4.4 JUTA

Pejabat Residen Kuching dianggap tidak cekap dalam mengagihkan wang ihsan untuk mangsa-mangsa banjir.

Pejabat Residen Kuching telah mengagikan wang ihsan sejumlah RM4.4 juta kepada mangsa-mangsa banjir sejak tahun lepas, menurut Residen Kuching, Liew Jiu Ming.

“Peruntukan ini kita agihkan secara berperingkat-peringkat sejak peruntukan diberikan oleh Kerajaan pada tahun lepas”.

Peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan itu diagihkan berdasarkan 4 kategori, antaranya:

1. Mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan, iaitu seramai 1,985 keluarga dengan menerima wang ihsan sebanyak RM500 setiap keluarga.

2. Mereka yang tidak berpindah, iaitu terdiri daripada 8,276 keluarga menerima RM300 setiap keluarga.

3. Sebanyak 7 buah keluarga menerima RM3,000 setiap keluarga apabila rumah mereka musnah akibat bencana alam itu.

4. Kerajaan juga memberikan wang ihsan kepada para petani terdiri daripada 863 keluarga dengan pampasan RM1,000 setiap keluarga.

Wang berkenaan merupakan ihsan Kerajaan bagi membantu para petani meringankan beban berikutan tanaman mereka rosak teruk dan ditenggalami air.

Violet Yong memberitahu beliau telah menghantar senarai nama 99 mangsa banjir dari Bintawa yang kesemuanya adalah pemohon baru melalui faks 26 Januari dan menghantar sendiri pada 27 Januari 2010.

“Dua hari kemudian, saya telah menerima maklum balas daripada mereka yang menyatakan bahawa bantuan telah diagihkan”.

Persoalan mengapa permohonan untuk mangsa banjir ini baru sahaja dihantar? Jawapannya Kerajaan tidak memberitahu tarikh tamat tempoh dan dengan siapa mereka patut memohon.

“Walaupun secara amnya, mangsa banjir sepatutnya memohon bantuan daripada ketua kampung, tetapi tidak semua ketua kampung cekap dalam menangani isu tersebut, “ katanya.

Dianggarkan sebanyak RM29,700 diperlukan daripada Pejabat Residen bagi membantu 99 orang mangsa banjir tersebut.


0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger