Thursday, March 25, 2010

ADAKAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT TIDAK AKAN BERTEMBUNG SESAMA SENDIRI?

Pengarah Biro Pilihan Raya Pakatan Rakyat (PR) (gabungan yang masih belum didaftarkan) Fauziah Salleh memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara calon-calon daripada parti-parti dalam PR pada Pilihan Raya DUN Sarawak.

Ada calon yang mewakili PKR dan DAP yang telah menyatakan hasratnya bertanding di kerusi yang sama. Walaupun kawasan itu merupakan kubu kuat DAP, penyandang kerusi itu yang merupakan ahli PKR tetap bertegas untuk bertanding di kawasan yang sama.

Rundingan yang membabitkan pengagihan kerusi sedang dijalankan dengan lancar di peringkat negeri dan keputusan muktamad terletak di tangan PR pusat. Setiap parti dalam PR bersetuju untuk meletakkan seorang calon bagi menentang BN. Walau bagaimanapun, kemungkinan adanya pertandingan melibatkan tiga penjuru atau lebih hanya akan melibatkan calon Bebas atau calon Parti Cinta Malaysia (PCM).

Sebelum ini telah pun diadakan beberapa rundingan dalam pengagihan kerusi bagi persiapan Pilihan Raya DUN Sarawak tetapi masih belum ada keputusannya. Hampir setiap bulan diadakan rundingan namun jawapan kepada penyelesaian pengagihan kerusi masih belum dapat dilaksanakan lagi. Belum ada keputusan dan pastinya belum ada jalan penyelesaian.

Ditanya mengenai PCM yang banyak mensasarkan kawasan pedalaman untuk pilihan raya akan datang, beliau menyatakan parti itu tidak akan menimbulkan sebarang ancaman pada PR.

PR memandang ringan terhadap keupayaan calon-calon PCM yang akan bertanding pada Pilihan Raya DUN Sarawak. Pengumuman PCM yang akan meletakkan calon di 40 hingga 45 kerusi DUN yang banyak menumpukan di kawasan pedalaman dilihat tidak memberi ancaman kepada PR sebaliknya dianggap sebagai pengacau sahaja.

Dalam agihan kerusi, PR Sarawak yang melibatkan gabungan parti pembangkang seperti PKR, PAS, DAP, SNAP, STAR dan MDC.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger