Sunday, March 21, 2010

KETUA MENTERI SARAWAK: GELOMBANG KEDUA PEMBANGUNAN FOKUS PENDIDIKAN DAN BASMI KEMISKINAN

Ketua Menteri Sarawak menjelaskan gelombang kedua pembangunan Sarawak akan memberi fokus kepada usaha memajukan pendidikan dan pertanian, membasmi kemiskinan dan membangunkan Sarawak berasaskan teknologi tinggi selari kewujudan SCORE.

Mengenai bidang pendidikan, Kerajaan sentiasa berusaha melahirkan modal insan dalam industri berasaskan teknologi tinggi di SCORE.

Untuk itu, Kerajaan menerusi Yayasan Sarawak telah membelanjakan sebanyak RM30 juta setahun bagi memberi pendidikan kepada generasi muda dan dalam masa yang sama Kerajaan sedang dalam menghubungkan kawasan luar bandar dengan rangkaian internet yang akan dinikmati kira-kira 50 peratus pada penghujung tahun ini.

Kerajaan juga akan sentiasa berusaha membasmi kemiskinan secara berterusan untuk terus mengurangkan jurang antara masyarakat bandar dan luar bandar. Berdasarkan statistik, jurang kemiskinan bagi Sarawak di luar bandar telah berjaya diturunkan daripada 40 peratus pada tahun 1981 kepada kira-kira 6 peratus pada masa ini.

Kewujudan SOCRE telah merancakkan pembangunan di wilayah tengah Sarawak yang merangkumi Mukah, Tanjung Manis, Samalajau, Kapit dan Baram yang akan membuka peluang pekerjaan kepada lebih 11,000 menjelang tahun 2016.

Mengenai pentadbiran pula, Sarawak telah terbahagi kepada 5 bahagian dan sekarang berkembang kepada 11 bahagian. Dan, dijangka pada tahun 2030 nanti, bahagian pentadbirannya akan bertambah menjadi 13 hingga 14 bahagian berikutan kepesatan pembangunan yang dialami rakyat pada hari ini.

Rakyat mempunyai peranan yang cukup besar bersama Kerajaan untuk mentransformasikan pembangunan negeri ini kerana tanpa kerjasama rakyat usaha yang dilakukan oleh Kerajaan tidak akan dapat berjalan lancar.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger