Thursday, March 4, 2010

MOHSIN: MASALAH DALAMAN PKR DAN PAKATAN RAKYAT KIAN PARAH

Ahli Parlimen Bagan Serai, YB Mohsin Fadzli Samsuri keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas berkuatkuasa serta-merta menjelaskan bahawa politik PKR dan Pakatan Rakyat khususnya di Perak semakin meruncing.

Mohsin, 65, ialah wakil rakyat ketiga PKR berbuat demikian selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, 12 Februari lalu dan Nibong Tebal, Tan Tee Beng, Isnin lalu. PKR kini hanya mempunyai 27 Ahli Parlimen, DAP juga 28 kerusi, Pas 23 kerusi dan Parti Sosialis Malaysia satu kerusi.

Mohsin menjelaskan sejak mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Pakatan Rakyat di Perak telah banyak menghalalkan pelbagai cara demi matlamat sempit, serangan tanpa batasan terhadap institusi raja, badan kehakiman dan penguatkuasaan, termasuk meraih sokongan negara luar bagi menyerang kedaulatan negara.

Sebaliknya, kemenangan dalam Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008 bukan digunakan untuk memantapkan perjuangan umat, rakyat dan agama, sebaliknya menjadi medan politik 'ghonimah' (membahagikan harta rampasan perang).

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohsin yang kali pertama bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Zin (Barisan Nasional) dengan majoriti 3,413 undi.

Mohsin berkata, beliau bertanding kerana permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dipersetujui atas dasar hubungan akrab dengan Penasihat PKR itu yang dikenalinya lebih 20 tahun.

“Kepercayaan dan keyakinan saya terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR serta pakatan pembangkang, terutama dalam mengembalikan politik dan kedaulatan Islam sudah hilang dengan perkembangan terkini dalam parti,” katanya.

Perebutan kuasa, jawatan, kedudukan dan habuan menjadi-jadi. Perbuatan khianat, tikam belakang, sabotaj dan budaya politik fitnah memfitnah semakin parah sehingga menyebabkan beliau tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen yang diamanahkan Allah s.w.t.

1 komen:

  1. Aku suka aku suka aku sukaaa sangat Ular@mak Niki Ajis sudah kena main sama Anwar. Ularmak tu berjaya dijuborkan oleh Anwar. Aku anti PAS

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger