Tuesday, March 2, 2010

NALLAKARUPPAN SIFATKAN WAN AZIZAH MEMPUNYAI BAKAT SEBAGAI PELAKON HEBAT

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selayaknya diberi anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan 'lakonannya' ketika berhadapan dengan rakyat.


Datuk S. Nallakaruppan secara sinis mencadangkan anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010’ dianugerahkan kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Anugerah itu akan mampu menaikkan lagi reputasi Wan Azizah bagi membolehkannya menerima tawaran lumayan dari Hollywood

Sebelum ini, Wan Azizah dalam kenyataannya dalam sebuah akhbar Australia menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripada usaha untuk menamatkan karier politik Ketua Pembangkang itu.

Wan Azizah seorang wanita yang hebat kerana boleh melalui kes dakwaan berkaitan moral suaminya. Juga, berada pada satu tahap melebihi wanita lain di Malaysia kerana boleh melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan kerjaya suaminya.

Melihat kepada pertuduhan liwat yang dihadapi suaminya adalah sesuatu yang sangat sukar diterima sebagai seorang isteri. Ramai kalangan wanita di Malaysia tidak boleh terima dengan senang hati.

Mereka juga tidak akan berpura-pura hanya sebab kepentingan kerjaya suami mereka. Hanya Wan Azizah sahaja yang sanggup buat semua ini demi mencapai cita-citanya.

Dalam pendakwaan kes Anwar-Saiful, mangsa membuat laporan dan pendakwaan kata ada bukti. Kalau lelaki yang gentleman, Anwar bukan saja akan hadapi perbicaraan tetapi berharap ia dijalankan secepat mungkin kerana itu penting bagi membersihkan namanya. Tetapi, jika dilihat situasi sekarang nampaknya Anwar lebih gemar mendapatkan sokongan antarabangsa dan mengkritik badan kehakiman negara yang disifatkannya sebagai tidak adil dan tidak telus.

Sumber: Utusan Malaysia

2 komen:

  1. Sabtu annual mardi grass gay dan lesbian di Opera Sydney Australia. Anwar dijemput sama bagi mewakili Malaysia.
    Boleh layari annual tu sekarang

    ReplyDelete
  2. Siapa wakil Malaysia di annual mardi grass gay dan less di Opera Sydney? Cuba teka

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger