Tuesday, March 16, 2010

PEMBANGKANG BERKEYAKINAN, BARISAN NASIONAL ENGGAN MENDABIK DADA

Barisan Nasional enggan mendabik dada seperti yang dilakukan pembangkang yang berkeyakinan akan berlaku ‘tsunami’ politik dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Pembangkang boleh menyatakan apa sahaja tetapi rakyat atau pengundi yang menentukan keputusan.“Kita serah kepada rakyat dan BN sentiasa memberi khidmat terbaik kepada rakyat” jelas Setiausaha Agung BN Sarawak, Dr Stephen Rundi.


Sebelum ini, Pengerusi DAP Sarawak, YB Wong Ho Leng telah mengatakan Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang bakal menyaksikan ‘tsunami’ politik memihak kepada pembangkang. Menurutnya lagi, jangkaan itu adalah berasaskan maklum balas daripada akar umbi.

Rakyat sekarang sudah sedar keadaan kucar-kacir di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang dan kebelakangan ini semakin ramai wakil rakyat PKR keluar parti, sama ada menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai BN.

Berdasarkan kepada perkembangan tersebut, para pengundi mampu menilai kelebihan BN atau pembangkang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak kelak.

BN sekarang ini lebih menumpukan kepada hal-hal yang berkaitan perkhidmatan dan bekerja untuk rakyat, dan berbeza dengan pembangkang yang banyak memikirkan soal pilihan raya berbanding memberi khidmat kepada rakyat.

Walau bagaimanapun, BN tetap sentiasa bersedia sama ada di peringkat akar umbi dan pucuk pimpinan dalam menghadapi pilihan raya bila-bila masa.

Rakyat perlu menilai dan berfikir dengan sejenak-jenaknya mengenai perkhidmatan yang telah BN lakukan kepada rakyat. Rakyat tidak harus terburu-buru dengan dakyah dan janji manis pembangkang yang belum tentu akan dilaksanakan.

Lihat sahaja perkembangan yang berlaku di Semenanjung, kemenangan Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 telah memberi kesan ke atas pemimpin-pemimpin mereka ini.

Kebanyakan bekas pemimpin pembangkang mengambil tindakan drastik dengan keluar parti secara sukarela dan tanpa ada paksaan disebabkan janji pilihan raya yang tidak dapat ditunaikan kepada rakyat dan krisis kepimpinan pembangkang yang banyak berkisar ke atas kepentingan individu. Rakyat Sarawak harus memikirkan hal ini, adakah rakyat Sarawak mahukan situasi yang sama berlaku ke atas Sarawak?

Janganlah menggadaikan maruah negeri walaupun dengan ungkapan ‘cuba’ yang boleh membawa seribu satu macam bencana andai pembangkang menjadi pilihan. Bertindak bijak demi masa depan anak cucu yang mahukan pembangunan demi menjadikan Sarawak sebagai negeri maju dan seterusnya membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020 di bawah Gagasan 1Malaysia.

1 komen:

  1. doa kami daripada semenanjung SARAWAK terus dibawah Barisan Nasional...cukuplah Melayu di Semenanjung yang telah terkena mainan politik pembangkang. Melayu semenanjung tak mahu lihat kaum asal di sarawak menerima nasib yang sama..PEMBANGKANG hanya mahukan kuasa!

    di doakan juga supaya penguasaan kaum asal bumiputera di sarawak dan juga sabah terus di pertahankan...hakikat yang sebenar SABAH dan SARAWAK penyelamat kerajaan BN semenanjung... oleh itu SEGALA BUDI BAIK MASYARAKAT SARAWAK dan SABAH didahului dengan ucapan terima kasih!! insyaallah BN SARAWAK akan berjaya

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger