Tuesday, March 9, 2010

PEMECATAN ZULKIFLI NOORDIN BERMULANYA KEHANCURAN PKR

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menganggap pemecatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah permulaan kepada kehancuran parti itu yang kini dikuasai firaun kecil yang bercita-cita mengubah perlembagaan negara ini.

Zulkifli mendakwa penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mampu mengawal firaun kecil itu kerana beliau terlalu taksub untuk mengejar cita-cita sebagai Perdana Menteri dan sibuk dengan kes liwat yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen.

Soal jawab wartawan dengan Zulkifli di pejabatnya selepas Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat (MPP) parti itu memecat beliau daripada parti itu.

Soalan: Adakah firaun kecil cukup bahaya pada pandangan YB (Yang Berhormat).
Jawapan: Cukup bahaya... bahaya kerana mereka mempunyai agenda untuk mengubah kerangka perlembagaan negara yang akan membabitkan segala institusi yang diiktiraf perlembagaan.

Soalan: Tindakan mereka dilihat berbahaya, adakah kepemimpinan PKR tidak boleh mengawal mereka?
Jawapan: Ya dan saya sedih kerana itu.

Soalan: Apa pula pandangan YB mengenai masa depan PKR?
Jawapan: PKR akan hancur kerana keputusan yang dibuat adalah mengikut kepentingan sendiri.
Ramai lagi tokoh-tokoh yang akan keluar, saya sudah dihubungi mereka dan ia akan berlaku tidak lama lagi. Jumlah yang akan keluar itu adalah amat mengejutkan.

Soalan: Apa pendapat YB mengenai kepemimpinan Anwar sekarang?
Jawapan: Saya rasa Anwar perlu keluar daripada ketaksuban mengejar cita-cita ke Putrajaya tetapi menumpu untuk menguatkan parti, itu kesilapan besar beliau sebab semua perjuangan dalam bentuk ceramah mengejar kepada Putrajaya. Saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku.

Soalan: Adakah YB muktamad untuk tidak membuat rayuan?
Jawapan: Saya tidak bercadang untuk membuat rayuan, saya kenal firaun kecil ini, mereka hanya berlakon saja seolah-olah semua proses sudah dibuat.

Soalan: Adakah YB jangka akan dipecat?
Jawapan: Tidak... saya jangka akan dipanggil berhubung ketidakpuasan hati terhadap panel bukan Islam (dalam Jawatankuasa Disiplin).

1 komen:

  1. This guy is actually useful idiot for UMNO/BN

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger