Tuesday, March 9, 2010

PKR SARAWAK KHUATIR ANCAMAN PCM MUSNAH CITA-CITANYA MEMERINTAH SARAWAK

Parti Cinta Malaysia (PCM) boleh menjadi duri dalam daging dan menggugat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan parti pembangkang lain dalam usaha menggulingkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian mengakui strategi Pakatan rakyat (PR) untuk mengadakan pertandingan satu lawan satu menentang calon BN di kesemua 71 konstituensi boleh digagalkan oleh PCM.

PCM bukan sahaja memecahbelahkan undi tetapi juga menyebabkan kekeliruan di kalangan pengundi. Penyertaan PCM dalam pilihan raya DUN Sarawak ini sebagai pengacau dan tidak mempunyai agenda yang sebenar.

PCM bukan anggota PR dan sebab itu PR khuatir dengan kehadiran PCM dalam Pilihan Raya DUN Sarawak. PCM dilihat mampu untuk meranapkan hasrat PR memenangi Pilihan Raya DUN Sarawak andai PCM masih dengan niatnya untuk bertanding pada pilihan raya itu nanti.

Sebelum ini, PCM berhasrat untuk mengemukakan calon di 30 buah kerusi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak dan juga tidak menolak berkemungkinan akan bertanding di kesemua kerusi DUN menjelang pilihan raya nanti.

PCM yang dibentuk pada Ogos dan berpangkalan di Pulau Pinang diterajui bekas ahli PKR Sarawak yang juga ADUN Ngemah, YB Gabriel Adit Demong. PCM mendakwa parti itu tidak pro-kerajaan dan juga tidak pro-pembangkang. Sekarang ini, PCM sedang giat mengembangkan sayapnya di Sarawak dan telah menubuhkan beberapa cawangan di Sarawak dalam menghadapi pilihan raya.

Dalam pada itu, PKR Sarawak menjelaskan sehingga kini PR itu masih belum memuktamadkan pengagihan kerusi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak nanti walaupun sudah beberapa kali berbincang. Pembangkang di Sarawak dianggotai oleh PKR Sarawak, DAP Sarawak, SNAP dan Pas Sarawak. Sehingga kini, masih belum ada kesepakatan dalam pembahagian kerusi.

Terdahulu, Baru Bian menjelaskan PKR Sarawak sekiranya diberi peluang mahu bertanding di kesemua 71 kawasan DUN Sarawak. Namun, disebabkan PR maka kerusi itu terpaksa dibahagikan mengikut ketetapan PR yang sehingga belum ada kata putus. Pun begitu, PKR Sarawak membayangkan akan mempunyai banyak kerusi dan berusaha memenangi pilihan raya ini serta mengetuai PR dalam memerintah Sarawak seperti yang termaktub dalam penubuhan PKR Sarawak.

1 komen:

  1. Salam bro, BN ada kekuatan tersendiri untuk menerajui Sarawak.... rakyat yg bijak tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang....

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger