Tuesday, March 2, 2010

SALEHUDDIN RAMALKAN AKAN RAMAI LAGI AHLI PARLIMEN DAN ADUN KELUAR PKR

Lebih 10 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meramalkan tindakan Ahli Parlimen dan Ahli DUN akan mengikut jejak keluar parti itu secara berperingkat-peringkat.

Sebelum ini, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin turut mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Beliau telah meninggalkan parti pada 7 Januari 2010 dan diikuti Ahli Parlimen Bayan Baru, YB Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Tan Tee Beng.

"Saya rasa ada (keluar) dan jumlah lebih 10 orang. Kira sahajalah daripada jumlah wakil rakyat yang sedia ada ditolak sosialis, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) liberal dan kroni, itulah akan menjadi jumlahnya”.

"Bila mereka akan keluar? Ini macam perlawanan tinju, ia pun ada pusingan-pusingannya," katanya.

Sebab utama wakil-wakil rakyat itu bertindak keluar PKR ialah kerana tidak bersetuju dengan corak kepimpinan parti yang kebudak-budakan.

Keputusan Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Tan Tee Beng meninggalkan parti disebabkan 4 perkara iaitu:


“Tiada saluran khusus di dalam PKR untuk mengemukakan masalah. Kritikan saya berkaitan masalah polisi yang serius telah dijawab dengan pembunuhan karakter yang menyebabkan kekecewaan mendalam kepada saya”.

“Kesal dengan sikap kepimpinan PKR yang sanggup mengorbankan maruah dan prinsip parti hanya kerana mahu memastikan impian mereka ke Putrajaya tercapai termasuk mengambil sikap menutup mata dengan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)”.

“Suka mempolitikkan isu-isu remeh dan langsung tidak boleh menerima teguran dan kritikan serta cuba menjadikan kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan milik keluarganya”.

“Membolehkannya mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng; Ali Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy yang telah menuduh beliau mencampuri urusan tender terbuka di negeri itu”.


Kepada rakyat Sarawak yang akan menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak, beringat dan berfikirlah masak-masak di atas apa yang sedang berlaku ke atas Pakatan Rakyat yang dikatakan memperjuangkan keadilan dan bertemakan ‘Harapan Baru’.

Pakatan Rakyat sekarang ini sedang sibuk untuk memperkembangkan penguasaan mereka ke Sarawak tetapi masalah dalaman mereka ditolak ke tepi. Disebabkan itu, ramai pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat ini mengambil keputusan untuk keluar parti dan menjadi wakil Bebas. Dan, tidak mustahil mereka ini akan menyertai BN seperti yang telah dilakukan oleh segelintir bekas pemimpin lain.

Dengan masalah dalaman Pakatan Rakyat yang kian runcing dan keteguhan pentadbiran Kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya menjadi ingatan kepada seluruh rakyat Sarawak bahawa hanya BN sahaja yang mampu membawa pembangunan kepada Sarawak.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger