Tuesday, March 9, 2010

WAN AZIZAH DESAK ZULKIFLI NOORDIN KOSONGKAN KERUSI PARLIMEN, ZULKIFLI NOORDIN PULA DESAK WAN AZIZAH LETAK JAWATAN

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang didesak mengosongkan kerusi Parlimen itu menasihatkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas sebab:

Gagal mempertahankan dasar parti yang kononnya berikrar akan mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat dan institusi Islam seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Gagal memimpin PKR sehingga menyebabkan PKR hilang sebuah kerajaan negeri, empat ahli Parlimen, tiga ADUN dan ramai pemimpin peringkat negeri, cabang dan akar umbi.

"Kalau benar Wan Azizah memegang prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR”.
“Sekiranya sikap ini berterusan, impian PKR ke Putrajaya akan musnah, peta perjalanan mungkin akan berubah ke (penjara) Sungai Buloh pula," katanya.

Zulkifli menasihatkan Wan Azizah mencermin diri sendiri dan menyatakan Presiden PKR itu telah membiarkan dirinya diheret ke hadapan lembaga disiplin yang dianggotai orang bukan Islam bagi dibicarakan mengenai isu kalimah Allah.

Secara sinis beliau mengingatkan Presiden PKR itu bahawa Islam tidak hanya terletak pada sarung tangan sutera ala Michael Jackson yang selalu dipakainya.

"Membiarkan panel lembaga disiplin bukan Islam membicarakan seorang Islam mengenai akidah, syariat dan agamanya adalah satu penghinaan besar terhadap Islam," tegasnya.

Zulkifli turut menyatakan kesedihannya melihat Wan Azizah membiarkan dirinya sekadar menjadi alat firaun-firaun kecil dan pemanas kerusi serta penghias muka depan PKR sahaja.

Jawatan Presiden yang beliau pegang sekadar menghalalkan firaun-firaun kecil bermaharajalela dalam PKR untuk menjahanamkan Islam dan institusi Islam.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger