Sunday, August 29, 2010

DAP LEBIH BANYAK BERBOHONG DARIPADA BANTU RAKYAT

DAP diseru supaya bertindak lebih praktikal dalam membantu rakyat terutama berkaitan janji-janji pilihan rayanya. Selama ini DAP hanya banyak menabur pelbagai jenis janji, tetapi tidak dilaksanakan. Ini boleh disamakan dengan berbohong kepada rakyat.
Contoh pertama, ikrar DAP semasa Pilihan Raya iaitu melaksanakan Dasar Pembaharuan Pajakan Tanah Secara Automatik apabila DAP memerintah. Tetapi, setelah memerintah Pulau Pinang, dasar yang dilaksanakan adalah berbeza.

“Kita tertanya-tanya sama ada pemimpin DAP Sarawak dapat melaksanakan janji-janjinya di Sarawak seperti yang selalu diwar-warkan mereka dalam setiap kempen dan ceramah DAP. Dan, adakah cadangan tersebut akan diterima parti sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat?”

Di Pulau Pinang, dalam Pilihan Raya Umum 2008, pelbagai janji yang telah banyak ditaburkan DAP kepada pengundi sehingga memaksa kerajaan negeri bertukar tangan. Namun, apa yang diperolehi rakyat Pulau Pinang hanya kesengsaraan dan penderitaan ekoran dasar pemerintahan DAP yang menindas rakyat terutama masyarakat Melayu.

Keadaan ini jelas menunjukkan dasar yang diamalkan DAP dan Pakatan Rakyat TIDAK sesuai dilaksanakan di Malaysia. Dasar-dasar ini lebih kepada menjurus kepada kepentingan politik semata-mata.

Di Sarawak, semasa PRK P.212 Sibu, DAP banyak mengeluarkan banyak janji khusus untuk menjadikan Sibu selamat. Pada pandangan DAP, selama BN memerintah, Sibu tidak selamat dan tiada pembangunan bahkan isu banjir yang menjadi fokus utama mereka telah berjaya menarik pengundi-pengundi Cina untuk menyokong DAP. Tidak terkecuali sebahagian pengundi Melayu yang mendiami kawasan tebing Sugai Rajang yang sering ditenggelami air pasang.

Keputusan PRK P.212 Sibu telah menyaksikan segala-galanya. Penduduk Sibu telah sangat mengharapkan DAP dan Wong Ho Leng untuk menyelamatkan rakyat Sibu dari terus ditenggelami air Sungai Rajang.

Pada 22 Ogos 2010 yang lalu, Sibu dikejutkan dengan air pasang besar sehingga menenggelamkan bandar Sibu.

Sibu Jom Ubah. Kerajaan BN tidak dapat selesaikan banjir Sibu. Kerajaan BN tidak melaksanakan tugasnya untuk rakyat. Hanya DAP sahaja yang dapat membantu rakyat.

Setelah memenangi kerusi P.212 Sibu pada Mei lepas dan sehingga ke hari ini, DAP tidak melaksanakan satu pun janji-janjinya dalam PRK P.212 Sibu yang lepas. Bahkan, isu utama yang telah meracuni penduduk Sibu iaitu isu banjir juga tidak dapat diselesaikan. Ketika kejadian banjir tempoh hari batang hidung Wong Ho Leng pun tidak nampak. Kenapa hanya hantar ‘anak buah’ sahaja kalau sekadar ambil gambar dan bersalam?

Sebaliknya, DAP hanya lebih gemar membuat perkara yang remeh temeh sahaja daripada membantu rakyat. Apakah nama Sibu ini telah tidak sesuai kepada DAP. Kenapa Sibu perlu bertukar nama?

Inilah janji-janji kosong DAP dan budaya politik DAP yang tidak bertanggungjawab sehingga mengelirukan rakyat.

Berbeza dengan BN, walaupun tewas kepada DAP dalam PRK P.212, BN sebagai parti berteraskan membantu rakyat tetap melaksanakan tugasnya. Walaupun kekalahan dalam PRK P.212 masih terasa, namun BN tetap meneruskan dasar membantu rakyat.

Kesedian BN meneruskan projek tembatan banjir di Sibu yang bernilai jutaan ringgit membuktikan kerajaan BN sentiasa prihatin kepada masalah rakyat. Walaupun keputusan tersebut tidak popular, Kerajaan BN tetap melaksanakannya demi kesejahteraan rakyat, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

1 komen:

  1. Pembohongan, penipuan dan putar belit sudah sebati dengan DAP... mereka sanggup berjanji kosong untuk memancing undi... menuding jari kepada kerajaan kononnya kerajaan rasuah, lembap dan sebagainya... tapi bia mereka menang, habuk pun tarak.... malah lebih teruk lagi.. pandai cari isu remeh macam jalan berlubang, sampah x diambil.. beginikah caranya YB menjalankan tugas??? Lu pikir la sendiri

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger