Friday, August 20, 2010

IMPIAN DAN ANGAN-ANGAN WANITA PKR SARAWAK

Sebelum ini PKR Sarawak telah mengaitkan bekas Ketua Wanita PKR Cawangan Lubok Antu untuk bertanding sebagai calon bagi bertanding di kawasan DUN Engkelili, mereka sekali lagi membuat ‘gembak’ untuk mencalonkan wanita untuk bertanding di DUN Balingian bagi menentang Ketua Menteri Sarawak yang juga wakil rakyat DUN Balingian.

Ketua PKR Sarawak, Ibi Uding berkata, mereka akan berusaha melobi pucuk pimpinan PKR Pusat agar hasrat dan mereka dipenuhi pada pilihan raya DUN Sarawak kelak.

Desakan ini pastinya tidak disukai beberapa pemimpin tertinggi PKR Sarawak yang juga mengimpikan sebagai calon di beberapa kawasan DUN. Walaupun kuota calon wanita diambil kira setelah persetujuan dalam mesyuarat dan perhimpunan PKR Pusat, namun ianya belum tentu menjamin kemenangan.

Ketua Menteri telah memenangi kerusi DUN Balingian itu atas sebab majoriti pengundinya Melanau apabila menewaskan calon PKR pada Pilihan Raya DUN 2006.
PKR Sarawak beranggapan kuasa pengundi wanita akan menentukan kemenangan itu. Dengan mengambil kira faktor itu, PKR Sarawak sewajarnya meletakkan pengundi kita mempertaruhkan calon wanita. DUN Balingian ini mempunyai majoriti pengundi wanita.

PKR Sarawak sangat bercita-cita tinggi dalam politik dan ingin menunjukkan kepada DAP Sarawak yang merupakan saingan utama mereka dalam Pakatan Rakyat Sarawak berbanding PAS dan SNAP yang sekadar pelengkap Pakatan. Berjaya ‘menumbangkan’ Ketua Menteri di kawasan DUN Balingian bermakna mereka sebagai sebuah parti yang BERJAYA dan sekiranya calon mereka ini KALAH tiada apa lagi yang akan nampak ditunjukkan melainkan menyalahkan diri sendiri dan pengundi.

Sebelum ini PKR Sarawak telah mensasarkan calon wanita daripada PKR Sarawak untuk bertanding di DUN Engkelili dan Balai Ringin.

Ketua Wanita PKR, Ibi Unding mungkin boleh mengimpikan untuk menjadi ‘menteri penuh’ sekiranya calon-calon Wanita PKR menang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak nanti. AWalau bagaimanapun, BN sebagai parti yang banyak menerajui pembangunan Sarawak tidak akan menyerah dan kalah begitu sahaja tanpa persaingan.

Keputusan di tangan rakyat....

1 komen:

  1. PKR Sarawak sangat bercita-cita tinggi dalam politik dan ingin menunjukkan kepada DAP Sarawak yang merupakan saingan utama mereka dalam Pakatan Rakyat Sarawak berbanding PAS dan SNAP yang sekadar pelengkap Pakatan.

    Kalo inilah kenyataannya...Pembangkang Sarawak hanya bermimpi ngeri..Anwar di Semenanjung jadi "Pak Turut DAP". DAP pula anti bumiputera..Takkan Sarawak bagi muka pada DAP...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger