Sunday, August 22, 2010

JOM UBAH SIBU: DAP MULAKAN PENGUBAHAN DENGAN MENUKAR NAMA SIBU

DAP menunaikan janjinya untuk mengubah Sibu melalui minifestonya Jom Ubah Sibu. Jom Ubah Sibu ditunaikan dengan mahu ‘mengubah’ nama Sibu.

Setelah beberapa tahun BN memerintah Sarawak dan menggunapakai nama Sibu, tiada sebarang perkara yang tidak diingini terjadi bahkan Sibu semakin pesat membangun. Namun, setelah kalah dalam PRK P.212 Sibu Mei lalu kepada DAP Sarawak, Sibu seakan-akan mula tenggelam ekoran beberapa tindakan DAP yang keterlaluan dan tidak sensitif terhadap kaum-kaum lain di Sarawak.

DAP berusaha untuk menukar nama Bandar Sibu kepada Shi Wu. Sesuatu yang bukan cerita cereka oleh BN bahkan terang lagi bersuluh oleh DAP Sarawak. Ini pastinya mempunyai agenda yang tersembunyi. Dan, yang pasti isu ini mahu mengikis identiti Melayu/Islam di Sarawak dan juga Bumiputera Sarawak.

Fenomena ini bukannya baru berlaku bahkan pernah berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan Pulau Pinang di bawah PKR dan DAP pernah cuba untuk melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang? Bermakna tulisan Cina untuk memudahkan pelancong daripada China ke negeri tersebut (sumber: Rajahmas)

Dalam usaha meredakan ketegangan kaum Melayu dan Bumiputera, Gabungan Persatuan Cina (UCA) menjelaskan hanya nama Sibu dalam bahasa Cina sahaja yang ditukar dan disebut ‘Shi Wu’ dan bukan nama Sibu sepenuhnya.

Persoalannya, kenapa baru sekarang nama Sibu ini ditukar? Dan, kenapa tidak lama dahulu. Nampaknya, DAP Sarawak ini mempunyai agenda tersembunyi selain daripada suba mengikis identiti Melayu dan Bumiputera.

Alasan lain yang diberikan, perkataan ‘Wu’ mempunyai maksud sebenar tersirat yang dikatakan menghalang pembangunan di Bandar Sibu.

Apakah selama ini Sibu tidak membangun? Kalau dilihat dari segi pembangunan, Kerajaan BN telah menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat dengan berjaya membangunkan Sibu menjadi bandar yang pesat membangun di tengah Sarawak.

DAP sepatutnya memikirkan kembali apakah sumbangan yang telah mereka berikan ke atas Sibu???

Tindakan DAP yang sanggup untuk menganjurkan pertandingan bagi mendapatkan idea untuk menamakan semula Sibu ini sebagai suatu usaha untuk menarik penduduk Sibu khususnya kaum Cina bagi membenci Kerajaan BN dan mengagungkan DAP.

Dalam pada itu, keputusan yang diperolehi dalam laman web UCA Sibu mendapati seramai 583 orang atau 87.5 peratus menganggap dangan itu hanya membuang masa, 9.1 peratus lagi cadangan itu boleh dibincangkan dan 3.4 peratus tiada sebarang komen.

Mengulas cadangan DAP itu, seorang pakar dalam pendidikan Cina menyatakan cadangan menukar nama Sibu itu hanya membuat masa dan tenaga. Bahkan, lebih banyak lagi kerja-kerja lain yang perlu difikirkan daripada mengadakan pertandingan menukar nama Sibu ini.

Seperti yang dimaklumkan DAP sebelum ini, perkataan ‘Shi Wu’ tiada sebarang masalah, malah ia tiada kaitan langsung dengan ganguan mahupun halangan dalam pembangunan Sibu.

Apa yang berlaku di Sibu harus menjadi pengajaran kepada masyarakat Sarawak selepas ini. Seandainya Pakatan Rakyat Sarawak berjaya menguasai Sarawak (kalau boleh ia tidak berlaku) adalah tidak mustahil nama Sarawak ini akan menjadi sebuah nama Cina atau nama lain.

Sarawak Ibu Pertiwiku, aku tetap akan mempertahankan tanahairku Sarawak dalam apa jua keadaan sehingga ke titisan darah terakhir. Dan, aku tidak akan membiarkan negeriku Sarawak dijajah dalam apa jua bentuk oleh Pakatan Rakyat yang akan merosakkan agama, bangsa dan negeriku demi anak cucu cicitku pada masa akan datang.

Amin

1 komen:

  1. boleh tak kita buat pertandingan tukar NAMA DAP? .

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger