Tuesday, August 31, 2010

KEBIADAPAN DAP CERMINKAN SIKAP SEBENAR PAKATAN RAKYAT SARAWAK

Penutupan Festival Kuching yang berakhir minggu lepas telah tercemar ekoran tindakan DAP menggunakan platform festival itu sebagai pentas politik.


Apakah menggunapakai gelaran ‘YB’ oleh Chong Chieng Jen, Violet Yong dan beberapa pemimpin tertinggi DAP Sarawak dilihat sebagai lesen boleh berbuat sesuka hati? Di manakah pengalaman dan kemahiran yang ada pada ‘YB-YB’ ini? Budak sekolah pun masih kenal apa itu undang-undang. Inikan pula ‘YB’ yang sangat dihormati rakyat.

Kegagalan mendapatkan permit dan cubaan menganggu-gugat pendudu Kuching semasa Festival Kuching diadakan sebagai mencerminkan sebenar DAP bahawa Pakatan Rakyat bersikap biadap terhadap undang-undang.

Bagaimanakah agaknya bila mereka ini diberikan peluang untuk mentadbir negeri? Pasti hura-hara jadinya Sarawak.

Menjadi kebiasaan, sambutan Hari Bandaraya Kuching, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengadakan Festival Kuching sebagai pesta kepada penduduk Kuching. Pada tahun ini, Festival Kuching yang diadakan bertemakan Pesta Makanan telah berjaya menarik ribuan pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara. Atas sebab itu DAP telah mengambil kesempatan untuk menjalankan aktiviti 'haram'nya itu.

Pelbagai jenis makanan mengikut kaum yang disediakan di sini. Sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Bandaraya Kuching telah menarik DAP untuk menggunakan Festival Kuching untuk mendapatkan pendaftaran pengundi baru.

Tindakan DAP ini dilihat ramai pihak termasuk ahli-ahli DAP sebagai tidak kena pada tempatnya. Kenapa perlu libatkan pengunjung dengan aktiviti politik pada ketika mereka sedang bergembira dan berpesta bersama keluarga dan kawan-kawan, dan juga peniaga meraih pendapatan? Adakah DAP telah ketandusan tempat dan kekurangan idea untuk mengadakan pendaftaran pengundi baru?

Datuk Bandar Kuching Selatan, James Chan menyelar tindakan DAP ini sebagai tindakan kurang bijak. Sebaliknya, katanya lagi, ia tidak digunakan sebagai pentas politik dan lebih baik tempat itu kekal begitu daripada digunakan oleh pihak yang tidak bersangkut-paut dengan festival.

Itulah DAP dan Pakatan Rakyat. Undang-undang diketepikan demi kepentingan politik. Apabila sendiri buat salah, buat-buat tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Dan, apabila BN dan kerajaan buat salah, siap buat kenyataan akhbar untuk memburukkan kerajaan. Apakah DAP membuat semua ini atas nama demokrasi?

Sebutkan negara mana yang tiada undang-undang? Dan, apakah undang-undang dibuat ikut sesuka hati dan untuk menghuru-harakan negara?

Undang-undang dibuat berlandaskan kesejahteraan negara dan masyarakat. Pencabulan undang-undang perlukan tindakan susulan demi menjamin keselamatan.

Tindakan DAP yang menjalankan aktiviti politik di tempat awam pada ketika Festival Kuching berlangsung dan tanpa permit sebagai perlanggaran undang-undang.

Itulah DAP dan Itulah Pakatan Rakyat.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger