Wednesday, August 18, 2010

KERAJAAN LAKSANAKAN JANJI UNTUK SELESAIKAN TANAH NCR

Pengumuman Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang meluluskan peruntukan sejumlah RM20 juta bagi kegunaan menyukat tanah-tanah NCR di Sarawak telahpun diambil tindakan yang sewajarnya.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif untuk menyukat tanah-tanah NCR yang sering dipolitikkan pembangkang sebagai modal untuk meraih sokongan pengundi.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, YB Datuk Francis Harden Hollis meminta pemilik tanah NCR agar segera menyelesaikan terlebih dahulu pertelagahan berkaitan hak milik tanah masing-masing bagi membolehkan Kerajaan Sarawak menyukat persempadanan tanah mereka.

Kerja-kerja menyukat dan persempadanan tanah tidak akan dapat dilaksanaakan sekiranya pemilik tanah NCR masih berbalah mengenai kawasan tanah masing-masing.

Oleh yang demikian, diminta Tuai Rumah dan Penghulu untuk membantu menyelesaikan perbalahan berhubung isu tanah di kalangan anak buah masing-masing demi membolehkan kerja penyukatan tanah dilaksanakan kelak.

Sebelum ini, isu tanah NCR sering menjadi bahan serangan pembangkang ke atas Kerajaan yang didakwa tidak memperdulikan dan dikatakan merampas tanah NCR. Serangan ini bukannya untuk membantu rakyat seperti yang diinginkan pemilik tanah, tetapi sebaliknya lebih berkisar kepada memburukkan Kerajaan di mata masyarakat.

Kerajaan tidak sesekali dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap pemilik tanah NCR bahkan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu rakyat dan ini yang menjadi cemburu pembangkang yang sering tidak mahu melihat Kerajaan berbakti kepada rakyat.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger