Monday, August 23, 2010

KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BOHONG, KHATIB ZAKARIA AHMAD MENGAKUI NAMA LIM GUAN ENG DISEBUT DALAM KHUTBAH JUMAAT

Isu nama Lim Guan Eng dalam khutbah di Pulau Pinang akhirnya terjawab apabila selama ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyangkal malah menidakkan langsung nama Lim Guan Eng dalam khutbah di beberapa kawasan di Pulau Pinang. Sikap ‘berbohong’ Kerajaan Negeri Pulau Pinang jelas menunjukkan politik mendahului agama seperti yang diamalkan PAS selama ini.


PENAFIAN KERAJAAN NEGERI AMAT DIKESALI

Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid baru-baru ini amat dikesali kerana pelbagai bukti serta saksi sudah tampil mengesahkan kejadian itu.

Pembohong Besar, Abdul Malik Kassim

Exco Agama Negeri, Abdul Malik Kassim telah menafikan sekeras-kerasnya perkara itu sambil menyatakan khatib berkenaan membacakan teks khutbah yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri manakala Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman pula menuduh UMNO sengaja mereka-reka isu itu.

Dua kariah masjid termasuk Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor sebelum ini mengakui nama Guan Eng ada disebut tetapi tidak nama Yang di-Pertuan Agong ketika doa khutbah solat Jumaat dibacakan seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad pada 25 Jun lalu.

Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya Mansor Othman menuduh UMNO menabur fitnah berhubung isu itu sebagai tidak wajar memandangkan pengerusi kariah serta jemaah sendiri sudah tampil untuk membuktikan kejadian tersebut.


PEMUDA PAS PERTAHAN KHATIB

Semalam Dewan Pemuda PAS Pusat menjelaskan bahawa tindakan khatib jemputan, Zakaria Ahmad yang juga ahli PAS mendoakan kesejahteraan Lim Guan Eng.

Malah katanya lagi, Zakaria yang juga ahli PAS bahawa beliau bukan khatib pertama yang membaca doa tersebut sejak dua tahun lalu.

Menurut ketuanya, Nasarudin Hassan tiada salahnya bagi umat Islam memohon kepada Allah agar diberi hidayah kepada Guan Eng supaya menerima Islam walaupun dalam khutbah Jumaat.

“Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mendoakan agar orang-orang kafir diberi hidayah agar memeluk Islam. Jadi dari segi hukumnya, tindakan Zakaria tidak salah," katanya.

Masihkah anda semua ingat bahawa suatu ketika dahulu, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz secara terang-terangan berdoa dan memberi bencana kepada pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang kebanyakkannya adalah seagama. Perbuatan ini mencerminkan apa yang berlaku sekarang adalah lebih berbentuk politik.

Allah swt tidak pernah malah tidak sesekali menyuruh manusia segama membenci sesama mereka, tetapi dalam PAS perbuatan ini dihalalkan. Dimanakah perjuangan Islam yang sering diwar-warkan mereka selama ini. Apa yang berlaku ke atas pemimpin dan ahli UMNO dahulu, dan yang berlaku sekarang ke atas Lim Guan Eng adalah tidak jauh bezanya.

Sebagai parti berteraskan Islam, UMNO-BN terpanggil untuk membangkitkan isu tersebut kerana ia melibatkan kepentingan agama dan ia tidak seharusnya dilihat sebagai propaganda politik.

Terang lagi bersuluh. Apakah rakyat Sarawak telah melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang ini sebagai salah satu kepincangan agama dan mendahulukan politik. Perkara benar dikatakan salah, dan sebaliknya. Di manakah akidah pemimpin-pemimpin PAS yang memperjuangkan agama Islam. Andai kata PAS berjaya menyelit pemimpinnya di Sarawak, nescaya rakyat Sarawak yang beragama Islam pastinya akan menghadapi masalah yang lebih teruk lagi.

Sedarlah dari sekarang sebelum racun PAS mula menular ke Sarawak.

2 komen:

  1. Dalam satu hadis nabi saw: Membawa satu org islam yang jauh dari islam kembali kepada islam lebih baik dri mengislamkan 10 org kafir. Doa hidayat utk org islam dahulu, baru utk bukan islam. Ini terbalik.... Fikir2 kn lh...

    ReplyDelete
  2. biasa la..'PAS' parti ajaran sesat,layan org giler,kite pun jdi terikut...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger