Friday, August 20, 2010

KESABARAN RAKYAT ADA HADNYA, LIM GUAN ENG TERIMA PADAH

etua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah diserang seorang lelaki dipercayai ahli Pakatan Pembangkang yang tidak berpuas hati dengan cara kepimpinannya.

Jam 7.35 petang, kenderaan yang dinaiki Ketua Menteri Pulau Pinang baru sahaja membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa dari Jalan Patani ke LIntang Kampung Rawa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Lelaki tersebut yang juga ahli Pakatan Pembangkang bersama seorang lagi rakannya mengangkat kadbod tertulis SAVE LOT 21, 22 FOR MUSLIM CEMETERY bagi menarik perhatian Lim Guan Eng.

SAVE LOT 21, 22 FOR MUSLIM CEMETERY merujuk kepada permintaan tanah di sebelah Masjid Jamek Jelutong yang dimohon kepada kerajaan negeri untuk dijadikan tanah perkuburan Islam.

Bagi rakyat Sarawak khususnya Bumiputera, sanggupkah anda menerima nasib yang sama seperti rakan kita di Pulau Pinang yang ditindas dengan 1001 macam cara tanpa mengira agama dan bangsa dibawah pemerintahan Pembangkang. Sedangkan sekarang kita hidup aman dan damai di bawah pemerintahan BN yang sentiasa membawa kesejahteraan dan pembangunan berterusan.

Pulau Pinang yang dahulunya diperintah BN sangat mementingkan kesejahteraan hidup bersama dan ketika ini suasana itu jauh berubah. Kenapa berubah??? Itulah yang dimahukan penduduk Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Dan, sekarang ini mereka terpaksa menelan pahit yang sebelum ini disangka manis dek kerana 1000 macam janji pembangkang hingga mengubah Kerajaan Negeri.

Tiba di Sarawak, Pakatan Pembangkang sibuk mengambil contoh Pulau Pinang dan Selangor sebagai negeri contoh kejayaan pentadbiran Pakatan Rakyat. Pelbagai macam janji dan perubahan yang telah dijanjikan ke atas rakyat Sarawak. Hakikatnya, semua itu sebagai pembohongan demi mencapai matlamat untuk menguasai dan memerintah Sarawak. Selepas hajat tercapai nanti, nasib rakyat Sarawak pastinya tidak ubah seperti rakyat Pulau Pinang dan Selangor yang semacam menumpang di negeri lain.

Renung-renungkanlah wahai rakyat Sarawak. Segala macam bukti telah ditunjukkan di depan mata. Ingatlah masa depan anak cucu cicit kita pada masa datang.

2 komen:

  1. segelintir orang sarawak pun dah 'syok sendiri' dengan janji dan pembohongan mereka ini.

    ReplyDelete
  2. DAP paling cerdik menabur fitnah,pkr paling handal menghasut Dan jgn lupa,pas paling ligat mencawat carutkan rakyat Sarawak.. diharap rakyat Sarawak terutama kaum bumiputra hati2 dengan mainan politik pmbangkang.apa yg dilihat sekarang ramai (cerdik pandai) bumiputra Sarawak nak ikut perangai Anwar al juburi bila berkata kata seperti mereka itu lebih pandai,lebih tinggi ilmunya,gah nya mereka terima bulat2 apa pbangkang cakap sampai air liur pmbankang yg terpercik semasa menabur fitnah pun nak djilat2.mereka menganggap orang bn buta,tidak tpelajar,seolah tdak tahu baca buku,buta it padahal mereka sendiri buta hati kerana tidak mahu menilai situasi semasa.pernahkah mereka nilai apa yg pmbangkang telah lakukan di negeri mereka?buka Mata,bukaa!!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger