Saturday, August 21, 2010

NUJUM PAK BELALANG TIAN CHUA RAMAL PILIHAN RAYA DUN SARAWAK NOVEMBER INI

Belalang…oooo…Belalang…bila Pilihan Raya DUN Sarawak, Belalang? Tian Chua seperti Belalang meramalkan Pilihan Raya DUN Sarawak akan diadakan November ini dan tidak lewat Mac tahun depan.

Kalau begitu, boleh juga Tian Chua meramalkan parti mana akan menang. Mungkin soalan ini sukar diramalkan Tian Chua, tetapi dia boleh meramalkan parti yang akan kalah.

Macam mana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat boleh membaca Pilihan Raya DUN Sarawak sedangkan rakyat Sarawak sendiri masih belum mengetahui mahupun menjangkakannya? Itulah yang peliknya. Hebat betul Tian Chua sehingga dapat membaca fikiran Ketua Menteri Sarawak.

Setiap kali mengadakan sidang media, jawapan yang sama dijawabnya ‘rundingan kerusi pilihan raya masih lagi perlu diadakan memandangkan ada 10 hingga 15 kerusi yang masih dalam rundingan’. Sampai bila mahu selesai, asyik mesyuarat yang tidak ada kesudahan.

Sejak dari dulu lagi hingga sekarang permasalahan pembahagian kerusi yang membabitkan parti-parti Pakatan Rakyat Sarawak ini masih belum selesai dan diramal tidak akan selesai. Fokus utama mereka bukanlah menjaga kebajikan rakyat dan memajukan negeri sebaliknya untuk mengalahkan BN. Lepas menang, bolot harta negeri dan setiap hari bercerita pasal politik seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Setiap hari keluar cerita pelik-pelik pasal politik hingga membawa isu yang remeh temeh.

Menurut Tian Chua, “Kebimbangan terhadap pilihan raya akan datang bukan kerana Pakatan Rakyat (PR) akan mendominasi kerajaan negeri, tetapi ia lebih tertumpu kepada keselamatan Malaysia atau Sarawak khasnya daripada krisis. Kita melalui tahap yang amat sukar di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Parti komponen Pakatan Rakyat jelas mengenai matlamat s
ebenar mereka iaitu menewaskan BN dan mencapai kemenangan, dan bukan membantu rakyat.

Perubahan!!! Itulah yang sering diperkatakan Pakatan Rakyat Sarawak setiap kali pemimpin-pemimpin mereka dari Semenanjung Malaysia datang dan menabur pelbagai janji yang sangat manis sehingga mampu menusuk jiwa. Lihat Sibu, setelah menang PRK P.212 Sibu, mana dia minifesto 'Jom Ubah Sibu' yang dilaung-laungkan DAP untuk Sibu, tetapi sebaliknya banyak menyalahkan BN. Dah menang tu buatlah kerja dan janglah nak menunding jari kepada BN. Banjir kat DUN Bukit Assek pun masih belum diselesaikan Wong Ho Leng apatah lagi seluruh Parlimen Sibu.

Lihat saja Negeri Pulau Pinang dan Selangor yang mana rakyatnya sekarang sedang hidup dalam keadaan tidak menentu. Setiap saat ada saja kejadian dan peristiwa yang berlaku sehingga mampu menimbulkan kontroversi yang membahayakan.

Persoalan yang sering timbul, kenapa pembahagian kerusi yang bertanding untuk Pakatan Rakyat Sarawak perlu ditentukan oleh Pusat yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Di manakah letaknya kuasa dan kekuasaan yang ada pasti PKR Sarawak, DAP Sarawak, PAS Sarawak mahupun SNAP.

Apakah sekiranya dipilih memerintah, segala keputsan dan perancangan ditentukan Pakatan Rakyat Pusat. Mana keputusan yang seharusnya diberikan kepada Pakatan Rakyat Sarawak??? Ini umpama seperti Selangor yang Ketua Menterinya dari PKR, tetapi yang memerintah sebenar ialah DAP.

Jelaslah bahawa Pakatan Rakyat Sarawak hanya boneka semata-mata.

Mana sanggup aku menyerahkan negeriku yang tercinta ini kepada perosak bangsa, agama dan negara walaupun atas nama perubahan. Perubahan akan membawa kemusnahan.

Aku senang begini dan suka dengan apa yang aku alami sekarang ini Aku tidak perlukan sebarang perubahan, tetapi aku mahukan pembangunan berterusan yang sering diperkatan dalam Gagasan 1Malaysia.

3 komen:

  1. salam bro, urang tok ada datang ke Kuching sama dengan sidak PKR lain... memang lawak, nya gik lebih tauk daripada urang kita mpun bila mok ada pilihanraya negeri Sarawak. Terer juak nya molah spekulasi ohh..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Minta follow blog tok. Masukkan juak dalam link, perlukan support rakan semua dengan blogger baru Swak kita.. terima kasih

    http://akungerepak.blogspot.com/

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger