Friday, August 13, 2010

PKR SEDIAKAN KRITERIA CALON KETUA MENTERI SARAWAK

PKR telah mengadakan Kursus Bina Wadah PKR yang telah diadakan di Hotel D Village, Ayer Keroh, Melaka. Ia telah dirasmikan oleh bakal calon Timbalan Presiden PKR, Mustafa Kamil, mantan pengerusi perhubungan PKR negeri Sarawak.

52 peserta telah mengambil bahagian terdiri dari Sayap Wanita dan AMK seluruh negara. Turut hadir pakar-pakar import PKR Jost Wagner dan Animah Faerer.

Tajuk paling besar dan membuatkan saya teruja ialah “Menetapkan calon Ketua Menteri Sarawak yang baru”.

PKR sudah begitu yakin mahu melahirkan Ketua Menteri Sarawak.

Saya tidak tahu sama ada mahu muntah atau ketawa sendirian apabila melihat tajuk itu. Bukannya apa, masalah dalaman PKR bukan lagi rahsia. Selama ini PKR Sarawak hanya menumpang glamour sekutu mereka DAP.

Sudah terlalu banyak perkara aneh yang berlaku dalam PKR Sarawak untuk dilupakan begitu sahaja. Mula-mula mereka menghebahkan kemasukan seorang pejuang rakyat memasuki parti itu, tiba-tiba pejuang rakyat itu jatuh cinta pada parti baharu dan melupakan PKR. Akhirnya dia dicemuh dan dimomokkan. Segala kata-kata manis terhadap tokoh itu hilang.

Kemudian masuk pula seorang veteran memikul panji-panji PKR di Batang Ai. Mereka terpekik-terlolong mahu menangkap perompak tanah rakyat. Apabila kalah, sehingga hari ini tokoh itu masih hilang dan belum lagi ditemui. Statusnya juga tidak kami ketahui sama ada masih berada di tujuh petala langit mahupun tujuh petala bumi.

Belum reda kes tokoh-tokoh itu, ADUN tunggal PKR pula menyaman Setiausaha DAP Sarawak kerana menjejaskan peluang dirinya mahu menjadi seorang Ketua Menteri atau Menteri. Tidak tahu pula perkembangan terkini ADUN yang seorang ini. Pendiriannya juga sukar dimengerti, mula DAP keluar DAP lalu masuk PKR, keluar PKR jadi bebas, masuk semula PKR. Ingatlah gelaran Katak cuma untuk orang BN. Orang-orang PR semuanya mulia.


Terkini perhimpunan puak-puak penentang Baru Bian khabarnya telah diadakan di rumah seorang penasihat PKR. Bila kami mendedahkannya, kami dimaki-hamun. Ramai yang berkata ini semua fitnah. Malah khabarnya ada makhluk yang sudah menunaikan fardhu Haji dan seorang yang bergelar Datuk bermati-matian menyerang saya dalam mesyuarat dengan Timbalan presiden PKR. Itu budaya mereka, menyerang orang yang tidak dapat mempertahankan dirinya. Bila ditanya, menafikan. Ada masalah, salahkan orang. Buruk orang nampak, pekung sendiri? Sifat inilah yang dimuliakan dalam PKR.

Ketika seluruh pasukan PR menggempur Akta Keselamatan Dalam Negeri – ISA – baru-baru ini, kami juga dijemput menghebahkannya. Anehnya ia dibantah keras oleh pemimpin kanan PKR sendiri melalui SMS. Nampaknya usaha untuk menekankan perpaduan dalam PR perlu dimulai dalam PKR sendiri. Cerita tentang pemimpin PKR Sarawak memburuk-burukkan satu sama lain bukanlah suatu rahsia.

Semalam telefon bimbit saya dihujani deretan SMS. Antaranya ialah tiga perenggan berikut ini:

“Baru Bian’s choice of Paul Raja,another Lun Bawang, as PKR candidate to stand in Kakus a 90 percent Iban Constituency is facing strong objection.Party to brass not aligned to Baru joined by several SDNU top guns held a meeting over the wkend at an undisclosed loction in Kuching to discus the matter..more to come

The leaders also express their concern about the work of several small nepoleons in PKR lead by Bahar Mohksen, a self proclaimed ‘Malay Icon’ who seem to controlling Baru…some more

Following the recent alledged mutiny by Hafsah and several senior PKR Swak leaders against Baru’s limping leadership,Baru is reported to have said in a national paper recently that he suspected a ‘powerful’ persona lity who wants to control Swak was behind the move.The meeting wanted Baru to substantiate the allegation.”

Jika beginilah cara pemimpin PKR Sarawak berfikir dan bertindak, usahkan hendak mengambil-alih negeri Sarawak. Bertanding pilihanraya negeri dan berjaya mempertahankan wang deposit sudah boleh dianggap sebagai suatu pencapaian.

Berita selanjutnya di SarawakUpdates

1 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger