Tuesday, August 31, 2010

RAKYAT SIBU DITIPU LAGI: WONG HO LENG GAGAL KEMUKAKAN BUKTI LAPORAN LENGKAP TEBATAN BANJIR

Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen P.212 Sibu, Wong Ho Leng GAGAL mengemukakan laporan lengkap projek tebatan banjir seperti didakwa sebelum ini semasa pertemuan bersejarahnya dengan Pengerusi SUPP Sibu, YB Dato Sri Wong Soon Koh.


Selain itu, Wong Ho Leng juga GAGAL menyertakan bukti kerajaan Pulau Pinang dan Selangor menerima bayaran daripada kontraktor yang dilantik melaksanakan projek mengorek pasir di kedua-dua negeri itu.

Terdahulu, Wong Soon Koh yang juga Menteri Kewangan Kedua mengotakan janji yang dibuatnya kelmarin, apabila berkunjung ke pejabat DAP di Jalan Chew Siik Hiong.

Pemimpin-pemimpin BN akan tunaikan janji dan apa yang diungkapkan walaupun pada fikiran asas pemimpin politik ia dianggap sebagai mustahil.

Beliau yang ditemani tiga anggota Pasukan Berwawasan Barisan Nasional (BN) Sibu iaitu Ahli Parlimen Lanang, Datuk Tiong Thai King, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan Vincent Goh Chung Siong dan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Daniel Ngieng Kiong Ann, tiba tepat jam 11.00 pagi. Selain itu, Pengerusi Pusat Perkhidmatan SUPP Bukit Assek Kaunselor Chieng Buong Toon serta ahli jawatankuasa SUPP Oliver Kuo turut kelihatan.

Ketika menuju ke pejabat DAP yang terletak di tingkat satu, hanya Wong, Tiong dan Vincent sahaja dibenarkan masuk manakala tiga yang lain disekat petugas DAP. Kenapa perlu sekat? Bukannya nak buat kacau tapi hanya buat pertemuan. Ini dah mengalahkan maharaja. Baru berkuasa sikit dah tunjuk belang. Itulah DAP dan Wong Ho Leng.

Suasana tegang di dalam pejabat berkenaan telah menyebabkan pertemuan itu hanya berlangsung kira-kira 10 minit. Wong Soon Koh serta tiga yang lain bertindak keluar meninggalkan pejabat DAP setelah Wong Ho Leng GAGAL mengemukakan laporan yang diminta.

Dalam perkembangan lain, pekarangan pejabat DAP mula dibanjiri orang ramai seawal jam 10.00 pagi, bagi melihat sediri hasil pertemuan itu. Apatah lagi, ia membabitkan isu banjir yang sudah lama membelenggu rakyat Sibu.

Sekarang lihatlah penduduk Sibu. Apakah pilihan rakyat Sibu Wong Ho Leng ini benar-benar membela nasib masyarakat Sibu khususnya dalam isu banjir. Ketika Sibu banjir tempoh hari, di mana Wong Ho Leng? Kenapa hanya hantar ahli-ahli DAP sahaja ke kawasan banjir. Apakah mereka ini boleh menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi rakyat Sibu.

Bila buat pertemuan hanya sia-sia. Bila BN tak jumpa kata penakut tapi bila jumpa tak boleh tunjuk bukti dan siap tunjuk 'teror' lagi.

Apakah Wong Ho Leng akan berjaya mengatasi Sibu daripada banjir seperti yang dicanangkannya dalam minifesto Sibu Ubah dalam PRK P.212 Sibu lalu. Dalam hal ini rakyat Sibu tidak boleh salahkan BN dan kerajaan kerana itu adalah pilihan rakyat Sibu.

Ingatlah bahawa rakyat akan tuntut janji walaupun sampai ke lubang kubur.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger