Thursday, September 16, 2010

16 SEPTEMBER ..... HARI MALAYSIA

16 September 1963 pastinya tarikh keramat yang tidak akan dilupai oleh pejuang-pejuang negara demi membebaskan diri dari cengkaman British setelah beratus-ratus tahun dijajah oleh kuasa Eropah itu.

Hari ini genaplah 47 Sarawak Merdeka dalam Malaysia beserta dengan Sabah. Dan ketika meniti angka 47 tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Pastinya memerlukan kebijaksanaan pemimpin dan keutuhan rakyat yang setia bersama pemimpin Kerajaan Perikatan ketika itu.

Di Sarawak, usaha pemimpin-pemimpin Melayu dan Bumiputera Sarawak dalam memerdekakan Sarawak daripada penjajahan Inggeris (Keluarga Brooke) telah menemui jalan apabila pelawaan Persekutuan Tanah Melayu ke atas Sarawak, Sabah dan Singapura dalam menggagaskan pembentukan Negara Malaysia.

Penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia sememangnya suatu jalan yang amat bertuah. Pembangunan yang dikecapi Sabah dan Sarawak pada hari ini adalah hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu yang mahukan negara bebas daripada penjajahan dan terus memaju pembangunan negara.

Pada hari ini, kemerdekaan yang kita kecapi bukanlah daripada penjajahan. Penjajahan dalam bentuk kekerasan dan ketenteraan telah lama berakhir, tetapi penjajahan hari ini lebih berbentuk pemikiran, ideologi dan benci-membenci.

Meniti kemerdekaan Malaysia amnya dan Sarawak khususnya, tidak dapat lari daripada politik. Politik Sarawak hari ini telah jauh berbeza. 1001 macam perbezaan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang politik Malaysia, sila klik di sini

Kemasukan parti politik Semenanjung (DAP, PKR, PAS dan tidak ketinggalan PCM) ke Sarawak telah mengubah landskap politik Sarawak yang suatu ketika dahulu bersih dan tidak kacau bilau. Hari ini, segalanya banyak berubah ekoran pengaruh dan keanguhan mereka dalam mempengaruhi pemikiran rakyat.

Mungkin ramai di kalangan rakyat Sarawak yang masih belum mengetahui corak politik semasa di Sarawak, namun sekiranya mereka mengenali apa yang telah dan sedang dilakukan parti pembangkang di Semenanjung Malaysia, maka itulah yang cuba dibawa oleh mereka ke Sarawak. Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memecahbelahkan rakyat Sarawak yang sebelum ini sentiasa bersama BN dalam memacu pertumbuhan negara dan pembangunan negeri.

Kemasukan parti-parti pembangkang ke Sarawak boleh diadaptasikan seperti berikut “DAP, PKR dan PAS mempunyai agenda tersirat terhadap rakyat Sarawak”. Persoalannya, apakah agenda tersirat mereka ini?

Renung-renungkanlah rakyat Sarawak. Pilihlah jalan yang betul untuk terus memaju Sarawak ke arah pembangunan berterusan.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger