Sunday, September 26, 2010

250 AHLI KELUAR PARTI: PKR SARAWAK TERIMA TAMPARAN LEBIH HEBAT

Tidak lama selepas kemenangan tipis Wong Ho Leng dalam Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu lalu, hari ini DAP dan PAS yang merupakan sekutu rapat PKR dalam pakatan rakyat menerima tamparan lebih hebat apabila seramai 250 ahli-ahli PKR kawasan Sibu dan Dudong meninggalkan parti dan menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu.

Faktor kepayahan dan masa depan yang tidak menentu dalam PKR menyebabkan kumpulan 250 yang diketuai Peter Goh Kai Boon yang juga Pengerusi Sub-Bahagian PKR Jalan Ek Dee bertekad membawa dan memberi sokongan kepada BN.

Menurut Peter, beliau sedih melihat persengketaan dalaman yang sedang berlaku dalam PKR sehingga menjejaskan nama parti dan perpaduan. Pada hari ini dan esok, kita mahu melihat pembangunan dan kemajuan, dan bukannya kemusnahan yang cuba diberikan PKR.

Sebelum ini PKR hanya pandai cakap besar dan membuat janji-janji kosong, atau membantah semata-mata untuk membangkang sahaja walaupun mengakui apa yang kerajaan BN ternyata banyak membawa kesenangan kepada rakyat Sarawak. Situasi yang berlaku telah membuatkan mereka berfikir kembali perjuangan sebenar dalam PKR. Oleh yang demikian, mereka berasakan hanya BN yang boleh membawa kestabilan politik dan pembangunan sebenar kepada rakyat Sarawak.

Kumpulan 250 itu telah menyerahkan borang keahlian SUPP kepada Pengerusi SUPP Sibu, YB Datuk Sri wong Soon Koh. Kemasukan mereka ke dalam SUPP ini berlandaskan tanpa syarat.

Penyertaan 250 orang ahli-ahli PKR dan dijangka selepas ini akan lebih ramai yang berbuat sedemikian membuktikan BN berada dalam landasan yang betul ke arah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN. Proses yang terlaksana dalam pemulihan BN secara keseluruhan telah berjaya memberikan keyakinan kepada rakyat hanya BN sahaja yang mengotakan janji-janjinya.

JOM UBAH SIBU. Janji-janji DAP dalam PRK P.212 Sibu yang lalu masih segar dalam minda setiap rakyat Sibu dan mereka yang terbabit dalam politik Sarawak. Menyelesaikan isu banjir menjadi perkara pokok DAP. Situasi terdekat banjir, beberapa hari sebelum Ramadhan, Sibu telah dikejutkan dengan banjir. DAP berdiam diri dan lebih gemar menyerang BN.

Wong Ho Leng hilang entah ke mana. Selepas banjir reda barulah Ahli Parlimen Sibu itu muncul dan menyalahkan kerajaan BN. Menjadi kelaziman, DAP yang bijak memutarbelitkan pemikiran kaum Cina telah menjemput BN datang ke pejabatnya untuk mengemukakan cadangan dan fakta mengenai banjir. Namun, kedatangan BN yang diketuai Pengerusi SUPP Sibu telah disambut dingin sehingga mencetuskan huru hara. Apa yang berlaku Wong Ho Leng yang juga Pengerusi DAP bukan sahaja gagal mengemukakan dokumen cadangan banjir bahkan berkelakuan biadap terhadap rombongan BN.

Beberapa tindakan DAP ini menampakkan bahawa Pakatan Rakyat lebih gemar memainkan sentimen ‘bohong’ dan ‘fitnah’ yang menjadi asam garam mereka. Dan, ini akan terus dilakukan mereka dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Rakyat Sarawak bijak dan tidak mahu golongan begini terus meracuni dan memusnahkan rakyat Sarawak yang perlukan pembangunan secara berterusan.

2 komen:

  1. sentimen bohong dan fitnah ini sekarang sedang menular di kalangan orang sarawak yang ada di semenanjung. tuduhan seperti KM ambil tanah rakyat secara paksa dan semestinya penyalahan gunaan kuasa. isu tanah ni tak tahu la saya kalau disana sensitif,terlalu sensitif atau terlalu amat sensitif kerana pada PRU 12 dulu calon MCA tempat saya kalah kerana isu tanah dan pada masa tu bukti pun tak ada. cuma kata-kata di kedai kopi aje. mereka ni tak menyiarkan atau membuat tuduhan secara rasmi tetapi lebih dari mulut ke mulut. jadi nya tuan-tuan yang menyokong BN disana perlu duduk kat kedai kopi lebih kerap untuk mendengar lalu boleh membidas pertuduhan mereka. kepada KM Sarawak saya mendoakan Tuan mencapai kemenangan walaupun di sini mereka mengatakan DAP akan mengambil alih SARAWAK. Dari rakan BN Semenanjung.

    ReplyDelete
  2. Keluar sekarang dan sokong BN sekarang tak guna , sudah terlambat..
    Kepad BN jangan dilayan puak-puak ini sebab masa pilihan raya dulu lagi sudah diingatkan supaya undi Bn..undi BN tapi Cina tetap Cina. Mana tahu ini sandiwara PKR/DAP sendiri yang suruh ahli mereka keluar parti supaya dapat menagih simpati dan diberi layan atas janji-janji dahulu

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger