Monday, September 13, 2010

AL-FATIHAH

Al-Fatihah kepada keluarga-keluarga mangsa pembunuhan kejam, usahawan yang juga jutawan Melayu Datuk Sosilawati Lawiya, pembantu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, Noorhisham Mohammad dan Ahmad Kamil Abd. Karim yang dipercayai telah mati dibunuh dengan kejam.


Berita kehilangan mereka yang dilaporkan media pada 30 Ogos lepas dan penangkapan beberapa suspek telah menjadikan kes ini menjadi sensasi. Dan, semalam penemuan cebisan mayat keempat-empat mangsa yang dipercayai dibunuh dan mayatnya dibakar sebelum dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Morib.

Walau bagaimanapun, pembunuhan kejam usahawan yang juga jutawan Melayu ini sedikitpun tidak mendapat simpati daripada pemimpin-pemimpin politik yang memperjuangkan agama dan bangsa. Adakah mangsa-mangsa ini bukan daripada kalangan ahli politik mereka? atau, Adakah mereka ini tidak memperjuangkan politik sealiran? atau, Adakah mangsa-mangsa ini tidak memberi kepentingan politik kepada parti politik mereka?

Masihkah ingat peristiwa pembunuhan Teo Beng Hock? Adakah beliau dibunuh atau membunuh diri? Biarlah mahkamah yang menentukannya. Tapi, yang hendak dibicarakan ini ialah kenapa kematian Teo Beng Hock diratapi sehingga dibawa ke dalam gelanggang politik?

Tidak kurang juga dengan kematian Kugan. Kedua-dua peristiwa ini mendapat liputan luas bukannya saja di Malaysia malah dijaja di seluruh dunia.

Kenapa tidak mangsa-mangsa ini juga perlu diratapi dengan seagama dan sebangsa? Kehilangan mangsa-mangsa pembunuhan kejam ini sedikitpun tidak mendapat simpati parti pembangkang. Ah... sebab mangsa-mangsa ini tidak ada kaitan dengan politik mereka.

Beginilah nasib orang Melayu yang bukan saja hatinya dibakar, tetapi juga tubuh badan mereka juga dibakar. Mana dia kononnya pejuang agama dan bangsa. Hanya berselindung di sebalik politik.

Sekali lagi marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa pembunuhan kejam ini. Dan, doakan roh mereka dicucuri rahmat serta keluarga mereka mendapat ketenangan atas Qada dan Qadar Allah s.w.t.

2 komen:

  1. Salam bro, mengapa puak-puak pembangkang membisu seribu kata..... kalau ada pun banyak yang menyindir cuba mengaitkan dengan UMNO-BN... suspek yang ditangkap adalah peguam yang menyokong mereka..... cuba kalau yng melakukan itu Melayu atau penyokong UMNO-BN, berduyun-duyunlah puak-puak ini membawa lilin berdemo, berguling-guling atas jalan.... yang lebih lagak tentulah Melayu PKR dan Melayu PAS....

    ReplyDelete
  2. puak PR diam sebab melayu mati kalau hindu dan cina yang mati satu melaysia gamat...kerajaan pun satu hal suka ikut rentak meraka yang bodoh ni

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger