Wednesday, September 22, 2010

ALASAN ELAK PEMBAZIRAN PUNCA KERAJAAN PULAU PINANG NAIKKAN SURCAJ AIR?

Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang akan memperkenalkan Surcaj Pemuliharaan Air (WCS) mulai 1 November 2010 sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan penggunaan air secara bijak dan mengekang pembaziran.


Apakah tindakan yang dibuat Ketua Menteri itu memperlihatkan rakyat Pulau Pinang sebelum ini banyak membazirkan air? Apakah Pulau Pinang telah mengalami kerugian sehingga sanggup membebankan rakyat dengan memaksa rakyat menanggung kos kenaikan surcaj air? Kerajaan Pulau Pinang telah kehabisan sumber air.

Sepanjang pemerintahan BN di Pulau Pinang, tiada kedengaran sebarang tindakan menaikkan kos surcaj air atau mengemukakan alasan untuk berjimat cermat sebagai langkah untuk menaikkan kos surcaj air. Di manakah janji-janji pilihan raya Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diterajui DAP? Kenapa bila sudah berasakan Kerajaan Pulau Pinang begitu teguh pemerintahannya maka telah sanggup memungkiri janji-janji yang pernah ditaburkan ketika pilihan raya dahulu.

Kenapa tiada jalan alternatif untuk Pulau Pinang menyelesaikan masalah ini? Alasan untuk menjimatkan penggunaan air seharusnya tidak ditimbulkan. Rakyat Pulau Pinang tidak bodoh sehingga sanggup membazirkan air. Bahkan, air ini adalah keperluan dan menjadi tradisinya rakyat akan menggunakan air untuk mandi, minum, makan dan sebagainya. Rakyat Pulau Pinang tidak menerima alasan ini.

Melihat kepada alternatif lain, kenapa Kerajaan Pulau Pinang tidak meminta Selangor untuk mendapatkan air? Pakatan Rakyat Selangor memberikan air percuma kepada rakyat Selangor. Betulkah Pakatan Rakyat Selangor memberikan air percuma? Ya, percuma tapi hanya RM10 sahaja melihat kepada penggunaan manakala selebihnya rakyat Selangor kena bayar. Sanggupkah Pakatan Rakyat Selangor memberikan air percuma kepada rakyat tanpa bayaran sesen pun.

Jika merasakan negeri Selangor terlalu jauh, kenapa tidak minta bantuan Kedah? Mungkin Kedah juga tidak dapat menyalurkan air kepada Pulau Pinang akibat airnya yang cukup-cukup untuk rakyatnya sehingga pemerintahan Pakatan Rakyat Kedah berakhir sebelum menghadapi PRU-13 nanti..

Sememangnya mereka yang banyak menggunakan air akan membayar lebih banyak kos bayaran air. Itu budak kecil pun tahu. Tapi, Lim Guan Eng menyatakan hanya 70 peratus penduduk di Pulau Pinang tidak akan terjejas. Dari segi taktikalnya, 30 peratus penduduk lagi akan terjejas. Pada anggapan Lim Guan Eng angka 30 peratus itu tidak besar dan tidak akan memberi kesan ke atas pemerintahan Pulau Pinang.

Jelaslah bahawa tindakan Kerajaan Pulau Pinang ini menindas rakyat yang sebelum ini telah banyak dibebankan dengan pelbagai kos tambahan. Walaupun hanya 30 peratus daripada penduduk Pulau Pinang terpaksa membayar lebih, namun ia tetap membebankan rakyat.

Tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menaikkan surcaj air ini bertentangan dengan kempen Pakatan Rakyat Sarawak yang mengambil contoh negeri Selangor dan Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat memberikan air percuma kepada rakyatnya. Tidak kurang juga menyatakan rakyat Pulau Pinang dan Selangor telah mengecapi sosioekonomi yang telah meningkat. Apakah dengan sosioekonomi meningkat maka rakyat boleh diasak dengan membayar lebih kos surcaj air?

Lihatlah rakyat Sarawak ke atas apa yang telah dilakukan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang sebelum ini bersemangat menyatakan rakyat Pulau Pinang mendapat air percuma. Dan, sekarang rakyat Pulau Pinang telah dibebani dengan bayaran lebih ke atas kos surcaj air.

Itulah Lim Guan Eng biawak yang berlidah bercabang dua. Di Semenanjung, bercakap lain dan di Sarawak bercakap lain. Mereka menjangkakan maklumat ini tidak akan sampai ke Sarawak dan lebih tepat lagi rakyat Sarawak buta huruf.

Sekarang ini baharu kita ketahui siapa sebenar pembohong kepada rakyat dan siapa yang bekerja untuk rakyat.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger