Saturday, September 25, 2010

ANWAR IBRAHIM TIDAK AKAN BIARKAN ‘ORANG LAUR’ KUASAI PKR

Rombongan PKR dalam kumpulan Azmin Ali telah terbang ke Kuching bukan kerana kempen Pilihan Raya DUN Sarawak, tetapi lebih kepada kempen memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR. PKR yang dijadualkan akan mengadakan pemilihan jawatan tertinggi pada penghujung November ini telah menyaksikan mereka yang bertanding dan mahukan jawatan dalam parti bagi mempertahankan kedudukan mereka sebagai YB telah mengadakan kempen di seluruh pelusuk negara.

Rombongan Azmin Ali mengadakan lawatan kempen angkat diri di Sadong Jaya baru-baru ini.

Kempen yang rancak dijalankan dengan tuduh-menuduh dan benci-membenci antara satu sama lain ternyata memukau pemerhati politik dan rakyat khususnya. Ini kerana perbuatan yang ditunjukkan mereka ini adalah sifat atau feel mereka dalam PKR dan menjadi amalan dalam kehidupan mereka. Manakan tidak, pemimpin BN menjadi bahan kutukan rutin mereka sebelum ini, dan kutukan terhadap rakan dalam parti adalah sesuatu yang ‘luar biasa’. Lihat PKR, atas sebab jawatan sanggup bermain kotor di belakang kawan yang sebelum ini menjadi rakan seperjuangan.

Kenapa perlu terbang jauh ke Sarawak untuk mendapatkan sokongan hingga sanggup pergi ke rumah ahli PKR yang terletak di kawasan luar bandar? Apakah Azmin Ali sebelum ini tidak mendapat sokongan PKR Sarawak? Sebelum ini, Azmin Ali ini tidak gemar datang ke kawasan luar bandar memandangkan penduduk luar bandar tidak ‘standard’. Malah, Azmin Ali lebih gemar bermesra dengan penduduk bandar yang mempunyai pemikiran kritis.

Demi mencapai cita-citanya, Azmin Ali sanggup pergi ke luar bandar dan menyembah ahli-ahli PKR luar bandar bagi mendapatkan sokongan mereka.

Azmin Ali yang disokong kuat oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Kenapa hanya bertanding Timbalan Presiden PKR dan tidak jawatan Presiden PKR? Jawapannya mudah, biar Wan Azizah sandang Presiden supaya ia akan menampakkan relevan bagi ahli-ahli PKR terutama wanita untuk terus menyokong PKR. Wan Azizah tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan kerana semuanya dikawal Anwar Ibrahim. Wan Azizah boleh diibaratkan sebagai patung. Tujuan Anwar Ibrahim menyokong Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden PKR adalah disebabkan segala rahsia Anwar Ibrahim terletak dalam tangan Azmin Ali.

Kenyataan Nurul Izzah di Kuching sebelum berlepas ke KL telah menyatakan pendiriannya untuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Kenapa? Jawapannya mudah sahaja, iaitu sekiranya Nurul Izzah menjelaskan atau memihak kepada Azmin Ali, maka komplot untuk menjatuhkan Zaid Ibrahim telah semakin jelas. Ini akan menggambarkan bahawa keluarga Anwar akan secara terang-terangan tidak membenarkan ‘orang luar’ seperti Zaid Ibrahim ini untuk terus berada dalam PKR. Ingatlah bahawa penubuhan PKR atau sebelum ini dikenali ADIL adalah bertujuan untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada penjara. Dan sekarang, Anwar Ibrahim telah bebas maka perjuangan mereka lebih terarah untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Rakyat Sarawak harus segera sedar bahawa perjuangan PKR bukanlah semata-mata untuk memperjuangkan kepentingan rakyat malah jauh sekali membangunkan negeri. Lihat seperti Selangor, sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, harta semulajadi seperti pasir telah dirompak dengan sewenang-wenangnya. Inilah yang mengakibatkan negeri jatuh miskin dan sekaligus merencatkan pertumbuhan ekonomi negeri. Apakah rakyat Sarawak mahu melihat negeri yang kita sayangi ini menerima nasib yang sama seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Masih belum terlambat untuk menyatakan pendirian rakyat Sarawak bahawa Kerajaan yang sedia ada ini mampu terus memaju kemajuan dan seterusnya membangunkan Sarawak ke arah mencapai wawasan 2020. Pilihan di tangan rakyat Sarawak dan keputusan ini akan menentukan masa depan anak cucu cicit kita.

1 komen:

  1. Bro, Itulah PKR...

    Mengata orang, sendiri yang lebih....

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger