Tuesday, September 21, 2010

AZMIN PERBODOHKAN RAKYAT SARAWAK

video

Azmin Ali dalam ucapannya semasa 'tour' kumpulannya di Kuching pada 16 September 2010 bertempat di Grand Continental telah menjelaskan bahawa kedatangan mereka ke Kuching bukanlah untuk berkempen Pilihan Raya DUN Sarawak, tetapi lebih penting kepada mereka adalah untuk mendapatkan sokongan ahli-ahli PKR Sarawak semasa pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR dan beberapa jawatan lain. Oleh sebab itu, mereka tiada masalah untuk berbelanja 'lebih' sedikit dengan membiayai makan minum tetamu pada malam itu atas nama Ramah Tamah Aidilfitri.

Dalam ucapannya, Azmin menjelaskan bahawa Sarawak akan diperintah oleh majoriti parti yang menang. Dalam pembahagian kerusi Pakatan Rakyat Sarawak, setiap parti kompenan PR Sarawak telah menyasarkan akan bertanding satu lawan satu menentang BN. Oleh yang demikian, mereka telah membahagikan kawasan untuk bertanding. Daripada jumlah keseluruhan kerusi, PKR telah diperuntukan kawasan yang paling banyak dan diikuti DAP, PAS dan SNAP. Berdasarkan ucapan Azmin Ali, jelas menunjukkan Sarawak akan diperintah oleh PKR sekiranya PR Sarawak menang dan PKR menang dalam majoriti kawasan yang banyak.

Seandainya, PR Sarawak menang, tetapi PKR kalah di beberapa kawasan dan DAP menang majoriti, maka DAP akan memerintah dengan melantik Ketua Menteri daripada Bumiputera atau Melayu. Manakala, PAS dan SNAP dijangka tidak akan dapat memerintah disebabkan jumlah peruntukan kawasan yang ditandinginya sedikit.

Walau apa pun yang akan berlaku, pembangkang akan menggunakan strategi Selangor dan 'Perak' sebelum ini dengan Menteri Besarnya daripada PKR atau orang Melayu manakala kuasa yang memerintah akan dipegang DAP. Inilah taktik dalam diam yang akan diperjuangkan PR Sarawak dalam menarik perhatian masyarakat Sarawak.

Azmin Ali 101 peratus yakin bahawa Pakatan Rakyat akan ke Putra Jaya. Beliau mendakwa mengikut sejarah UMNO telah ditolak oleh orang Melayu. Itulah pembohongan Azmin Ali yang tidak putus-putus melakukan dosa. Sebelum Azmin Ali lahir ke dunia ini, Tanah Melayu atau Malaysia ini telah ditadbir Barisan Nasional dengan UMNO menjadi tulang belakang dalam memerdekakan Tanah Melayu dan menjadikan Semenanjung dan Sabah serta Sarawak sebagai sebuah negara bernama Malaysia.

Lahir sahaja ke dunia, Azmin Ali bukan sahaja tidak bersyukur malah sanggup melakukan dosa dengan 1001 banyak pembohongan yang telah beliau lakukan. Dan, sanggup menghancurkan negara sendiri dengan mencemar nama baik negara dan perpaduan kaum demi kepentingan politik mereka.

Apabila datang ke Sarawak, Azmin sentiasa mengambil contoh Selangor sebagai negeri yang diperintah Pakatan Rakyat membangun dan rakyat hidup gembira. Dari PRK P.212 Sibu sehinggalah kempen Pilihan Raya DUN Sarawak, Azmin Ali sering kali menggunakan isu air Selangor sebagai cara untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak.

Alahai Azmin. Kami di Sarawak bukan patung yang tidak mengerti apa-apa dan mengetahui apa yang telah berlaku di Semenanjung Malaysia terutama di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Orang Sarawak telah cerdik dan lebih cerdik lagi berbanding Azmin yang kebanyakan ceramahnya lebih kepada syok sendiri.

Persoalan yang ditujukan khas kepada Azmin Ali. Bukan isu air, tetapi isu pasir. Kenapa sehingga hari ini pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor tidak menjelaskan keadaan sebenar apa yang berlaku terhadap penyelewangan pasir di Selangor?

Kami tidak mahu dengar isu air, pemberian wang kepada orang tua, memberikan sumbangan kepada mereka yang melahirkan anak dan bantuan kebajikan kepada anak-anak yang mendapat tempat di IPTA dan IPTS. Sebaliknya, kami mahukan penjelasan mengapa isu pasir Selangor tidak diselesaikan dan ada jalan penyelesaian.

Keuntungan pasir ini adalah wang rakyat. Sekiranya Pakatan Rakyat Selangor tidak menyelesaikan isu pasir bermakna Pakatan Rakyat Selangor telah merompak wang rakyat.

Sarawak kaya dengan petroleum, gas, balak dan tanah. Adalah tidak mustahil, hasil-hasil ini akan menerima nasib yang sama seperti pasir di Selangor dalam usahanya untuk mengaut kekayaan untuk memperjuangkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Kami rakyat Sarawak tidak mahu ditipu dan tidak akan ditipu oleh Pakatan Rakyat yang sentiasa menipu rakyat.

1 komen:

  1. Kem Azmin turun ke Sarawak bukan untuk memancing undi rakyat tapi untuk memancing undi demi kepentingan sendiri. Sekarang kita sedar mereka tidak serius untuk menjaga Sarawak cuma sekadar melepaskan batuk di tangga

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger