Tuesday, September 21, 2010

DAHULUKAN PEMILIHAN PARTI, KETEPIKAN PERJUANGAN RAKYAT

Kedatangan Azmin Ali dan rombongannya dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor ke Kuching telah disambut oleh beberapa pemimpin tertinggi PKR Sarawak dengan 1001 harapan.

Harapan ini lebih kepada sumbangan mahupun peruntukan yang akan diperolehi PKR Sarawak dalam membiayai perjuangan mereka dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Namun, kedatangan mereka bukan untuk berkempen mahupun menyampaikan sumbangan dana kepada PKR Sarawak, tetapi berkempen untuk diri mereka yang akan berebut jawatan dalam pemilihan PKR Pusat.

Umum mengetahui Azmin Ali akan ditentang oleh rakan karibnya sendiri, Zaid Ibrahim. Pertembungan merebut kerusi Timbalan Presiden PKR itu akan menyaksikan pertembungan sengit kedua-dua pihak. Sebelum ini, penyandang terdahulu Dr Syed Husin Ali awal-awal lagi telah mengangkat bendera putih dengan tidak mempertahankan jawatannya setelah mengetahui lawannya nanti adalah bukan calang-calang calon. Justeru, atas alasan mahu memberi perhatian kepada keluarga dan berehat maka beliau mengumumkan untuk tidak bertanding.

Raja Pembohong Ke-2 Selepas Anwar Ibrahim

Sebenarnya, peranan Dr Syed Husin Ali ini dalam PKR tidaklah besar dan hanya bersifat melengkapkan gelanggang PKR. Dari segi sejarah, beliau ini bukan pejuang PKR tulen kerana beliau sebelum ini berada dalam sebuah parti yang lain sebelum bergabung dan menyertai PKR. Atas perjuangan ini, Wan Azizah telah mempelawa Dr Syed Husin Ali ini menyertai PKR dan di’hadiah’kan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Semenjak menyertai PKR, Zaid Ibrahim yang juga pernah menganggotai kabinet negara semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memperlihatkan kekuasaannya dalam PKR sehingga menyebabkan ramai pemimpin PKR yang sebelum ini berjuang atas kepentingan masing-masing telah senyap dan berdiam diri. Mereka mengetahui Zaid Ibrahim mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Wang tidak menjadi masalah bagi dirinya.

Dalam pemilihan PKR kali ini, Azmin Ali yang suatu ketika kurang popular sekarang ini telah naik mendadak. Ramai pihak termasuk ahli-ahli PKR sendiri mengetahui bahawa Azmin Ali ini mempunyai ‘kunci’ Anwar yang akan menyebabkan Anwar terpaksa tunduk kepadanya. Kunci ini boleh diibaratkan senjata rahsia Azmin Ali untuk berkempen bagi mendapat sokongan mereka yang benar-benar simpati terhadap Anwar Ibrahim.

Tidak kurang juga ada di kalangan ahli-ahli PKR yang melihat keakraban Azmin dan Anwar dalam mana-mana majlis sebagai gambaran bahawa Anwar mahukan Azmin dan tidak Zaid. Namun, kelantangan dan keberanian Zaid untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR telah menidakkan Azmin Ali menang pemilihan itu secara mudah. Sebagai Ketua Umum PKR, Anwar akan dilihat terpaksa tidak menggunakan kuasanya sebaliknya menyuruh perwakilan dan ahli-ahli PKR yang menentukan.

Kenapa kedua-dua mereka mahu bertanding untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR dan bukannya jawatan Presiden PKR? Apakah disebabkan kekebalan Wan Azizah atau bayangan Anwar yang mahukan isterinya itu terus memegang PKR supaya senang Anwar mengawalnya dengan memberikan setiap keputusan dan jawapan. Hanya ahli-ahli PKR dan Anwar sahaja yang mengetahuinya.

‘Tour’ rombongan PKR yang diketuai Azmin Ali ke Sarawak telah menghangatkan lagi suasana pemilihan PKR yang dijadualkan tidak berapa lama lagi. Sebelum ini, Zaid Ibrahim telah datang ke Kuching, tetapi tidak mendapat sambutan. Ini disebabkan ketika itu bulan puasa, dan rakyat yang datang tidak dapat menikmati jamuan. Kedatangan Azmin Ali ke Sarawak telah mendapat sambutan yang hangat tatkala tetamu diberikan jamuan secara percuma dan diadakan di Hotel Grand Continental atas nama Ramah Tamah Aidilfitri.

Sekarang ini PKR sibuk dengan pemilihan jawatan tertinggi mereka sehingga menidakkan kempen pilihan raya. Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa PKR tidak serius untuk bertanding dalam pilihan raya sebaliknya lebih mementingkan kedudukan jawatan mereka dalam parti. Berbeza dengan PAS yang secara rasminya telah melancarkan gerak kerja Pilihan Raya DUN Sarawak yang telah diadakan baru-baru ini. Manakala, DAP Sarawak yang sekarang ini masih bergelut dengan permasalahan dalaman telah melancarkan gerak kerja pilihan raya mereka dan memastikan wakil rakyat dan bakal calon mereka kerap turun padang.

Begitulah peristiwa dan kejadian yang sedang dialami oleh ketiga-tiga kompenan Pakatan Rakyat Sarawak dalam situasi semasa politik. Mereka ini lebih berminat terhadap pemilihan dalaman dan kepentingan peribadi berbanding memperjuangkan hak rakyat seperti yang dilaung-laungkan mereka sebelum ini.

Berbeza dengan BN sama ada PBB, SUPP, PRS dan SPDP sentiasa memperjuangkan hak rakyat dengan menyelami masalah rakyat dan seterusnya menyelesaikannya. Seperti kata pemimpin pembangkang, memang itulah peranan BN untuk membantu rakyat. Jadi, rakyat harus menerimanya dengan hati terbuka bahawa BN ini wujud dan dijadikan Kerajaan adalah untuk membantu rakyat. Oleh yang demikian, dalam pilihan raya akan datang, rakyat harus mengakui bahawa hanya BN sahaja yang mampu mengubah dan membawa perubahan ke arah pembangunan yang berterusan. Pembangkang hanya tahu mengkritik dan memfitnah, tetapi satu pun janjinya yang tidak dibuat.

Lihat apa yang berlaku di Sibu, dalam PRK P.212 Sibu manifestonya Sibu, Jom Ubah hanya retorik untuk mendapatkan sokongan, tetapi sebelum puasa Sibu telah mengalami banjir. Mana dia janji DAP dan Pakatan Rakyat? Sebaliknya hanya menyalahkan Kerajaan BN yang tidak mengambil tindakan. Itulah tindakan sebenar Pakatan Rakyat Sarawak. Penduduk Sibu telah merasainya, dan adakah perkara yang sama dimahukan rakyat Sarawak?

Marilah kita sama-sama fikirkan apa yang telah dibuat Kerajaan kepada kita sebelum ini dan marilah sama-sama kita fikirkan apakah yang akan dibuat pembangkang selepas ini???

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger