Wednesday, September 22, 2010

JAWAPAN TERHADAP DR JOHN BRAIN

Apakah dan Siapakah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Itulah persoalan yang dikemukakan Dr John Brian Anthony dalam tulisannya Who and What is JASA?

Jawapan yang diberikan Dr John ini jauh menyimpang. Dalam konteks politik, jawapan sebegitu menjadi lumrah lebih-lebih lagi kepada mereka yang berfikiran sempit dan bertindak sebagai pembangkang. Mereka ini lebih bersifat "tidak ada perkara dan tindakan yang BETUL walaupun perkara dan tindakan yang dibuat itu BETUL. Bagi mereka yang bersifat dengki dan tidak berterima kasih ini BETUL itu SALAH bagi mereka.

Difahamkan Dr John Brain ini merupakan salah seorang bakal calon dan akan mencuba nasib untuk jadi YB. Disebabkan itu, tulisan beliau dalam laman blognya banyak berkisar tentang politik berbanding niatnya untuk membantu masyarakat Dayak. Politik menghina dan politik sempit yang diamalkan Dr John Brain ini sememangnya menjadi budaya dalam pemikiran pembangkang.

DAYAKBARU. Itulah slogan yang digunakan Dr John Brain untuk meraih simpati rakyat Sarawak khususnya masyarakat Dayak. Adakah kaum Dayak seperti Dr John Brain ini mempunyai sifat dan sikap tidak berterima kasih dan dengki apa yang telah dikecapi rakyat Sarawak sekarang? Tidak semua kaum Dayak bersifat seperti Dr John Brain ini kerana ramai yang telah berjaya dan mengecapi hidup senang diperolehi atas bantuan Kerajaan. Ramai juga kaum Dayak yang bersyukur dan berterima kasih terhadap Kerajaan setelah apa yang telah mereka kecapi sekarang.

Melihat kepada penulisan-penulisan Dr John Brain di dalam laman blognya jelaslah bahawa beliau ini hanya bertujuan untuk mengangkat diri sendiri demi kepentingan politik (menjadi YB) dan menggunakan istilah Dayakbaru sebagai umpan untuk merealisasikan cita-citanya.

Umum mengetahui masyarakat di Sarawak hidup dalam aman damai dengan kaum Dayak sebagai penghuni majoriti. Perpaduan kaum yang dinikmati kaum Dayak bersama kaum Melayu, Cina dan Orang Ulu tidak akan tergugat tatkala usaha seperti Dr John Brain ini yang sering menganggu gugat perpaduan. Semangat 1Malaysia telah sentiasa tersemai dalam sanubari rakyat Sarawak.

Seseorang yang ingin mengangkat martabat dan kepentingan kaum tidak akan sesekali mengancam mahupun menghina kaum lain. Dalam hidup bermasyarakat ini, perpaduan sangat penting dalam merealisasikan hasrat hidup bersama. Jika diamati, Dr John Brain ini lebih bersikap prejudis terhadap apa yang orang lain lakukan terhadap masyarakat Sarawak dan kaum Dayak khasnya. Kenapa perlu risau andai ada ‘orang luar’ yang prihatin berbanding orang sendiri yang lebih banyak bermimpi di siang hari sehingga tidak mahu membantu?

Sikap menghina seseorang tanpa usul periksa seperti yang ditunjukkan Dr John Brain terhadap JASA merupakan tindakan yang tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang yang berilmu. Apakah John Brain ini seorang yang benar-benar mempunyai ijazah kedoktoran? Menghina secara membuta tuli juga sebagai suatu tindakan yang di luar kuasa seseorang yang normal. Apakah JASA pernah menyakiti Dr John yang dikatakannya mewakili kaum Dayak?

Tahukah Dr John bahawa ramai di kalangan pegawai JASA yang berkhidmat di Sarawak ini terdiri daripada kaum Dayak. Mereka ini bekerja demi memartabat agama, bangsa dan negara, dan tidak seperti Dr John Brain yang hanya mengangkat diri demi mencapai cita-citanya untuk menjadi YB sehingga sanggup mengabaikan keluarga.

14 buah negeri dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Apakah Dr John Brain tidak belajar geografi dan sejarah? Kenapa perlu persoalkan asal usul seseorang? Apakah ia akan mengancam kedudukan Dr John Brain? Kenapa perlu takut? Apakah masalahnya sekiranya yang datang itu dari Semenanjung?

Pepatah Melayu ada mengatakan, berani kerana benar dan takut kerana salah. Nampaknya, tindakan Dr John Brain ini sebagai tindakan yang takut dan salah. Manakan tidak, kenapa perlu melenting sehingga sanggup menghina Datuk Fuad? Apa kesalahan yang telah Datuk Fuad lakukan kepada Dr John Brain? Jelas dan terang bahawa Dr John Brain takut terhadap bayang-bayang sendiri dan boleh dikatakan aura JASA dan Datuk Fuad ini akan membantutkan usahanya untuk mendapat gelaran YB.

Dalam politik, semangat setiakawan dalam BN telah terjalin sejak 47 tahun dahulu. Semangat setiakawan ini telah membantu Sarawak dan Sabah merdeka melalui Malaysia. Tiada niat langsung untuk mana-mana rakyat Malaysia ingin menakluki mahupun menjajah negeri lain. Kita sekarang sudah 53 tahun merdeka dan tidak dijajah lagi. Kita juga bukan dalam masa penjajahan.

Tidak seperti Pakatan Rakyat yang hanya timbul apabila tiba pilihan raya. Kononnya mereka ini bersepakat untuk memerintah. Bolehkah mereka ini memerintah secara bersama? Lihat Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang mempunyai 1001 macam masalah secara terang mahupu gelap. Mereka ini tidak boleh duduk mahupun tidur bersama. Tidur satu tilam tapi mimpi lain-lain.

Persoalan di sini juga perlu dijawab Dr John Brain bahawa kenapa ahli-ahli PKR termasuk Dr John Brain menyanjungi tinggi Anwar Ibrahim sampai ke langit, ahli-ahli DAP menyanjungi Lim Kit Siang dan ahli-ahli PAS menyanjungi Nik Aziz? Apakah sumbangan mereka terhadap Sarawak? Yang diketahui sumbangan mereka ini lebih kepada menghancurkan perpaduan yang telah dinikmati rakyat Sarawak, termasuklah tindakan Dr John Brain sendiri yang bersikap rasis.

Sekarang ini masyarakat Dayak hidup aman di bawah pemerintahan BN dan mempunyai sosioekonomi yang baik. Kerajaan BN sentiasa memastikan setiap kaum di Sarawak menikmati pembangunan dan hidup dalam budaya berdasarkan kelangsungan hidup walaupun mereka duduk jauh di pedalaman. Andai kata suatu hari kelangsungan hidup terjejas, maka ia disebabkan pembangkang yang niatnya menghancurkan perpaduan tidak pernah lekang dalam mindanya.

JASA telah lama bertapak di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya dalam menjaga keharmonian politik. Kerajaan tidak akan dan tidak pernah menubuhkan sesuatu jabatan tanpa melihat peranan dan fungsi jabatan itu terhadap masyarakat. Tidak timbul persoalan pegawai JASA makan gaji buta kerana JASA ditubuhkan bermatlamat. Apa yang dilakukan JASA di Sarawak sebelum ini telah mendapat reaksi yang baik terutama mereka yang cintakan keamanan dan perpaduan.

Bagi pembangkang, JASA ini sebagai duri dalam daging bagi mereka. Ini kerana matlamat asal pembangkang banyak dirosakkan JASA. JASA sentiasa mendampingi masyarakat walau apa jua keadaan. Berbeza dengan pembangkang yang hanya datang bermusim dan sentiasa berlakon untuk meraih simpati. Atas sebab itu tulisan Dr John Brain ini bersifat politik peribadi dalam menghina JASA.

Ramai di kalangan rakyat Sarawak telah mengetahui JASA dan peranannya dalam masyarakat. Tidak kurang juga yang merujuk kepada JASA untuk mendapatkan sesuatu pandangan.

Persoalan ini ditujukan khas kepada Dr John Brain. Pernahkan BN menghina Dr John Brain dalam konteks peribadi? Dalam konteks politik sememangnya wajar kerana perbezaan idealogi. Namun, tindakan Dr John Brain menghina dan membenci Kerajaan dan BN lebih bersikap politik peribadi.

Orang-orang sebegini yang perlu dijauhi dan hindari kerana merosakkan bangsa, agama dan negara. Mereka tidak reti berterima kasih dan langsung tidak bertanggungjawab terhadap bangsa dan agamanya asalkan cita-citanya tercapai seperti yang dilakukan Anwar Ibrahim sekarang.

11 komen:

  1. Saya sudah baca berbagai ulasan dan komen serta cemuhan daripada Dr.John Brain mengenai Datuk KP JASA dan JASA sendiri khususnya. Dr. John Brain (Kalau mengikut gelarannya memang seorang yang berpendidikan) tetapi malangnya dia tidak sedar kehadiran JASA di Sarawak setelah sekian lama. Bagaimana orang seperti beliau hendak melibatkan diri dalam politik sedangkan beliau tidak tahu-menahu apa perkembangan di sekeliling beliau sendiri. Saya boleh katakan orang seperti ini ibarat "Katak bawah tempurung" kokok sahaja berderai-derai tetapi tangan bergelumang tahi. Bukan hendak mengata ; saya suka dengan pemimpin baru yang tahu masalah rakyat, yang prihatin terhadap permasalahan rakyat dan mereka ingin berjuang untuk rakyat. Masalahnya, JASA sudah banyak berjasa kepada rakyat namun tidak disedari oleh orang-orang seperti Dr. John Brain, maka itu jika saya timbang dan sukat ; Apakah Dr. John Brain mempunyai JASA yang lebih besar daripada JASA jabatan JASA ni untuk rakyat.Tidak salah berjuang Dr. John Brain, itu usaha yang baik tetapi saya sendiri sebagai orang JASA ingin sekali mengingatkan bahawa saya tetap juga berjuang dengan cara JASA. Kami adalah wira yang tidak mohon didendang sebab itu peranan dan jasa bakti JASA tidak pernah diketahui orang meskipun JASA yang ditabur sudah melangkaui sehingga seluruh pelusuk Sarawak. Faham-fahamlah kamu....selamat berjuang.

    ReplyDelete
  2. Saya harap Dr. John (No Brain) membaca ulasan saya ini terhadap cemuhan beliau terhadap Datuk KP JASA baru-baru ini. Saya sengaja tak tulis di laman Dayak Baru tetapi di laman inipun cukuplah sebab saya tahu dimanapun saya tulis tentu ada pihak yang akan membacanya kelak dan sampaikan pesanan saya kepada (Dr. No Brain)ni. Kenapalah Dr. No Brain melenting dengan Datuk KP JASA hanya kerana beliau datang dari Semenanjung Malaysia? Anwar Ibrahim tu datang dari mana? sama juga kan...so, kenapa kamu agung-agungkan Anwar dan sanggup berpanas berhujan untuk dengan ceramah dia. Anwar Ibrahim tu saya umpamakan seperti "Ukoi nyalak bukit" enda runtuh bukit disalak aja, enda pia wai? Anwar Ibrahim adalah "anjing pemburu" yang hebat dengan salakannya yang boleh membelah seluruh jagat namun terus terang; ANWAR NEVER BE A GOOD LEADER percayalah....BIARLAH BN TERUS MEMIMPIN MUNGKIN BEBERAPA PERKARA PERLU DIUBAH, UBAH CORAK KEPIMPINANNYA, TUKAR PEMIMPINNYA DENGAN GENERASI BARU YANG LEBIH BERWAWASAN kerana menukar kerajaan kepada kerajaan pembangkang tidak akan menjamin kesejahteraan rakyat. Otak pembangkang tidak baik...anda faham maksud saya? Pembangkang tidak mempunyai satupun agenda baik di dalam kotak fikirannya selain daripada menghasut rakyat untuk menjadi seperti mereka (Samseng Jalanan) dan meniup api perbalahan setiap kali mulutnya mula berbicara. Heyyy!!!! kamu pembangkang tak suka lihat negara ini amankah??? Tak reti duduk diam??? saya dah benganglah dengan agenda kamu. Kamu fikir kamu baru dan moden? Apa yang moden dan apa yang baru? Saya juga moden dan baru seperti kamu. Saya boleh melakukan apa yang kamu lakukan...

    ReplyDelete
  3. Ulasan mengenai Kenyataan Dr. John Brian Anthony mengenai JASA dan Ketua Pengarah JASA di Dayakbaru.com

    Saya merupakan salah seorang Dayak yang bekerja dan mencari makan dengan JASA. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih diatas pandangan Dr. John Brian Anthony mengenai JASA.

    Persoalannya yang ingin ditanya kepada Dr. John Brian Anthony

    Pertamanya siapa Dr. John Brian Anthony dan Dayakbaru yang meracuni masyarakat Dayak dengan pemikiran dayak baru beliau sedangkan dayak wujud tiada dayak lama atau dayak baru.

    Kedua, berapa banyak kaum Dayak yang jadi staff JASA dan mencari makan dengan JASA? Saya dayak dan saya bangga nenjadi orang dayak bukan jadi dayak baru.

    Ketiga, Mengenai pengarah, di Sarawak pun terdapat pengarah juga bukan sahaja di Semenanjung dan jawatan ini adalah bertukar-tukar dari masa ke semasa. Macam doktor juga, bukan semua doktor adalah dayak.

    Keempat peranan JASA memang inginkan kerajaan mengekalkan apa yang kita kecapi sekarang seperti juga seperti juga peranan PBB, SUPP, SPDP & PRS di Sarawak selama ini?

    Kelima UMNO dilihat sebagai mewakili majoriti kaum di negara ini. Berapa bilangan dayak di Sarawak jika dibandingkan dengan kaum Melayu?

    Keenam, janganlah kutuk di laman web sahaja. Pilihanraya akan datang sila bertanding dan lakukan seperti yang dinyatakan dalam laman dayakbaru.com

    Ketujuh, sekiranya Dr. John Brian Anthony tidak tahu mengenai JASA, sila rujuk laman web lah doktor.

    Dan banyak persoalan-persoalan lain yang hendak dipersoalkan sekiranya kita hanya mahu mempersoalkan mengenai hal-hal seseorang atau sebuah jabatan.

    Apakah Dayakbaru sudah banyak menolong rakyat dayak? Apakah dayakbaru mampu membela nasib dayak.

    Kesimpulannya, TIADA DAYAK BARU ATAU DAYAK LAMA, cuma DAYAK sahaja dan sebagai salah seorang staff JASA saya bangga bekerja dibawah KP yang terdahulu,sedia ada dan KP KP yang akan datang tak kira Dayak, Melayu, Orang ulu, Cina, India. Jangan melihat keburukan sahaja doktor, bukalah untuk kebaikan juga seperti seorang doktor juga. Percayalah TIADA YANG SEMPURNA di dunia ini.

    ReplyDelete
  4. Sdr.Brian kononnya mengaku jadi pejuang bangsa dayak... setelah mendapat bermacam-macam kemudahan dari kerajaan BN, kini dia sudah mula hendak mengigit tangan yang pernah menyuapkan nasi kedalam mulutnya. inilah perangai yang biasa dimiliki oleh pembangkang.
    Bila mereka tidak dapat apa yang mereka hendak dalam lingkungan kerajaan, merekapun berarak keluar dan bersorak-sorai ...kononnya nak membela rakyat jelata.Macam Anwar..masa dlm kerajaan, dia sibuk buat harta, buat kerja ngan perempuan simpanannya, dengan bini orang, tak cukup dengan itu...dengan lelakipun dia buat kerja. Mungkin juga Sdr.Brian ini adalah yang sewaktu dengannya, sama juga dengan c pengecut tiada telor RPK. Apa yang mereka tahu...hanya bercerita tentang dongeng yang mereka reka dan kemudian gunakan berulang-ulang kali.
    BN masih diperlukan oleh rakyat, kerana rakyat tahu bukannya mudah untuk menukar-nukar kerajaan, apa lagi kerajaan yang memerintah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. Rakyat juga sedar, pemimpin dalam kerajaan itu juga manusia biasa, tidak lari dari kesilapan..TETAPI BN boleh membaikinya berbanding dengan pembangkang, sekali buat silap..beberapa generasi akan merasa akibatnya seperti apa yang pernah kami rasai di Sabah.
    Rakyat Sarawak.. be smart, janganlah jadi seperti Sdr Brian yang seperti ayam berak kapur, kokok berderai-derai, ekor penuh dengan tahi.
    HIDUP UMNO, HIDUP BN.

    ReplyDelete
  5. sokong Dr.john Brian..... Sebab BN kat sarawak pun teruk juga tak ada bezanya pun lebih-lebih lagi Taib, jabu and james jemut masing..... yang kaya cumalah penyokongnya aje kot tapi rakyat biasa tetap macam tu juga exspecially area pedalaman. pasal JASA pula em.... agaknya lepas ni Ketua Menteri Sarawak mesti dari Semenanajung kot,...dia orang kan pandai menyatupadukan semua kaum di malaysia kan...

    ReplyDelete
  6. Cetusan Kenyalang, tunjukkan diri anda dahulu barulah kami aku bagi komen baik dan tak baik... jangan jadi penakut. Kalau you berani you samanlah itu Dr. John, apa susah?

    Cakap kat blog ni tapi tak tunjuk muka... itulah dasar pengecut yang tidak aku tunui (pelir).

    ReplyDelete
  7. Daripada memburuk buruk kan BN atau kerajaan negeri sarawak amnya, lebih baik lagi kita semua masuk BN dan berikan sokongan penuh terhadap kerajaan yang sedia ada. Cuma BN saja yang boleh menerajui pembangunan untuk kita di negeri yang kita sayangi ini dan rakyat sendiri keseluruhannya. We cannot make any changes without BN.

    ReplyDelete
  8. pembangkang memang lah pembangkang. dorang hendak memburukan BN kerana mereka tidak layak memimpin negeri dan negara. pembangkan cuma boleh membawa masalah terhadap rakyat jelata. Demi menampung keadaan yang aman dari masa kesemasa, kita haruslah menyokong BN di Sarawak. Dayakbaru is nonsense to we as dayak. Tiada maknanya dayakbaru bagi kita. Ianya cuma menyesatkan masyarakat orang dayak sahaja. Barisan Nasional lah satu satunya party yang berkemampuan untuk kepimpinan pembangunan, keamanan dan seterusnya. "SOKONGLAH BARISAN NASIONAL NEGERI SARAWAK"

    ReplyDelete
  9. Dasar dan pendekatan pembangunan yang dipraktikkan oleh BN di Sarawak nyata lebih banyak menguntungkan golongan korporat sahaja..Cuba kita lihat di sekeliling kita...projek2 besar...ladang2..sykt2 pembalakan semua nya di miliki oleh golongan korporat.Tidak terfikir kah oleh pemimpin2 kita bagaimana caranya .jika rakyat juga boleh mendapat manfaat yang sewajarnya...melalui konsep "perkongsian Bijak" Rakan Kongsi" atau apa saja istilahnya...yang membolehkan rakyat medapat keuntungan...bukan hanya sebagai perkerja semata-mata...tetapi rakan kongsi .Pendekatan pembanguan yang dijalankan oleh BN sekarang hanya akan menjuruskan fenomena..."yang kaya terus kaya...yang miskin terus miskin"....terutamanya..penduduk pendalaman.

    ReplyDelete
  10. Ulasan wira kenyalang nampaknya pun agak peribadi juga, saya juga dayak dan saya tidak mahu memburukkan siapa-siapa tapi saya ada mata dan telinga saya sendiri yg terang-terang dpt melihat dan mendengar perkara-perkara yg tidak sepatutnya dilakukan sebagai peneraju kerajaan seperti penyalahgunaan peruntukan kerajaan yg berleluasa dan disahkan dalam laporan oleh audit negara namun saban tahun laporan dikeluarkan tidak ada tindakan dilakukan. Saya tidak mengira dari pihak mana, pembangkang atau kerajaan

    ReplyDelete
  11. Tidak ramai yang tahu akan peranan JASA di Sarawak!Kenapa?
    1: Pengurusan jabatan yang tidak efektif
    2: Tiada sumbangan yang mendasari untuk kepentingan rakyat sepenuhnya
    3: hanya untuk memantapkan kedudukan BN sebagai Pemegang Pemerintah

    Hal ini jelas dengan fungsi JASA seperti berikut:
    1. Mengatur rancangan dan melaksanakan strategi, program, aktiviti bagi mendidik serta meyakinkan rakyat kepada pemimpin Negara
    2. Menggerakkan pembaharuan pemikiran ummah bagi menghadapi gelombang globalisasi dan teknologi maklumat
    3. Menangkis dakyah, fitnah, tohmahan dan pemikiran jumud serta ekstrimis agama di kalangan rakyat
    4. Membuat analisa pola dan sikap pengundi sebelum, semasa dan selepas pilihanraya
    5. Menjalankan penyelidikkan dan menyediakan laporan isu - isu sosio politik dan agama
    6. Mengenalpasti dan memantau setiap isu yang boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan

    Berdasarkan fungsi tersebut kita dapat melihat peranan JASA dalam meyumbangkan JASA mereka untuk kepentingan Rakyat adalah tidak begitu ketara kecuali dalam hal-hal agama sahaja. Dan selebihnya hanya untuk memantapkan kedudukan BN sebagai pemerintah. JASA ditubuhkan pada 11 Mei 1960 dengan nama Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK).
    # Tujuan asal penubuhan BHEK adalah untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan politik dan kerajaan Perikatan (kini BN). oleh itu penubuhan ini juga adalah hanya untuk kepentingan politik.(Peranan JASA dan Tujuan Penubuhan asal JASA ini saya ambil dari laman web JASA sendiri. Untuk apa menyakinkan "rakyat kepada pemimpin Negara" jika pemimpin itu tidak layak bekerja untuk rakyat. Dalam erti kata PEMIMPIN itu tidak menjalankan tugas sepenuhnya dan dan melakukan penyelewengan. Lepas itu datang kepada rakyat memberitahu dan meyakinkan akan kebaikan Pemimpin tersebut. Hal ini seolah-olah cuba menutup kesilapan pemimpin tersebut dan akhirnya pemimpin melakukan pekara yang sama. Oleh itu, pemilihan menjadi PEMIMPIN (YB) haruslah mengambilkira akan kateria-kateria yang sewajarnya!!!
    Disini saya tidak menidakkan kebaikan JASA tetapi sekiranya JASA melakukan pekara yang telus dan tidak bersifat mengutamakan kepentingan kestabilan Politik BN dalam erti kata lain mengutamakan kepentingan RAKYAT ia adalah SANGAT BAIK!!!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger