Saturday, September 4, 2010

KEGAGALAN AHLI PARLIMEN SIBU WONG HO LENG HADIR KE PEJABAT JPS BUKTIKAN DAP HANYA MENIPU RAKYAT

Sibu- Kegagalan pertemuan pertama tidak menjejaskan usaha Kerajaan Sarawak untuk terus membantu rakyat khususnya dalam menangani isu banjir yang sering melanda Sibu.

Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng telah gagal hadir ke pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tingkat 7, Wisma Sanyan pada pagi Jumaat.

Wong Ho Leng telah dicabar oleh Menteri Kewangan Kedua Merangkap Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, Dato Sri Wong Soon Koh untuk tampil ke pejabat JPS dan membawa bersama 2 dokumen berhubung kerja-kerja mengorek Batang Rajang.

Sebelum ini, 1 daripada 2 dokumen yang dipertikaikan melibatkan projek tebatan banjir untuk bandar Sibu sebagaimana yang didakwa Ho Leng, dibuat oleh 2 pakar projek tebatan banjir dari Amerika dan China.

Dokumen kedua melibatkan bukti di mana kontraktor yang menjalankan kerja-kerja mengorek sungai di Pulau Pinang dan Selangor membayar kepada Kerajaan negeri bagi kerja-kerja yang mereka lakukan.

Kegagalan Ho Leng hadir pada pertemuan pagi Jumaat itu menunjukkan bahawa apa yang beliau katakan selama ini berhubung rancangan mengorek Batang Rajang adalah bohong semata-mata.

Dalam isu mengorek Batang Rajang ini perlu dilihat dalam konteks membantu rakyat tetapi Ho Leng telah mempolitikan isu ini sehingga mengetepikan kepentingan rakyat dalam usaha mengatasi masalah ini.

“Apa yang Ho Leng lakukan ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dengan menjadikan isu mengorek sungai untuk kepentingan politik”.

Dalam mengatasi masalah banjir di Sibu, Soon Koh menjelaskan bahawa beliau tidak kisah berbincang dan bertukar idea dengan Ho Leng berhubung kerja-kerja mengorek sungai sekiranya Ho Leng benar-benar serius untuk mengatasi banjir ini.

Sebelum itu, tindakan Ho Leng tidak hadir dalam pertemuan itu telah menunjukkan Pengerusi DAP Sarawak itu tidak ikhlas untuk menyelesaikan masalah banjir di Sibu seperti yang termaktub dalam minifestonya.

Alasan bahawa notis perjumpaan itu diberikan pada masa yang singkat adalah tidak berasas kerana jarak antara Sibu dan Kuching tidak sejauh beribu kilometer. Sekiranya mengunakan kapal terbang hanya mengambil masa 25 minit sahaja dan menggunakan jalan darat hanya mengambil masa selama kurang dari 6 jam. Sekiranya Ho Leng tidak mampu membeli tiket kapal terbang, Kerajaan Sarawak boleh memberikannya tiket tanpa sebarang bayaran balik.

Pemberian lesen seperti yang dikehendaki Ho Leng dalam mengorek sungai bukanlah boleh diberikan sesuka hati. Pembentangan kertas kerja dan cadangan perlu dikemukakan untuk melihat kesan sampingan yang akan berlaku. Andai lesen ini diberikan dan kerja-kerja dilakukan, dan mengalami kesan sampingan, adakah Ho Leng mahu bertanggungjawab? Pasti tidak sebaliknya Kerajaan Sarawak yang akan dipersalahkan.

Dalam hal ini jelas lagi terang menunjukkan bahawa tindakan DAP dan Wong Ho Leng ini menghancurkan kepercayaan yang telah diberikan penduduk Sibu dalam PRK Sibu sebelum ini.

Saya sebagai rakyat Sibu sangat kesal di atas peranan YB Parlimen Sibu ini yang berlakon ketika pilihan raya dan langsung tidak buat kerja sebagai YB. Setelah menang PRK Sibu apa yang telah Wong Ho Leng buat kepada Sibu??? Bukit Assek DUN yang beliau menangi dahulu, apakah perubahan dan kemajuan yang telah diperolehi?

Bagi masyarakat Cina yang menyokong DAP, masih belum terlambat lagi untuk kembali memberi sokongan kepada BN dalam membangunkan Sarawak. Kerajaan BN telah terbukti dalam membantu rakyat berbanding DAP yang memerintah Pulau Pinang mengalami pelbagai masalah.

Pemerintahan dahulu dan sekarang pastinya tidak sama dan telah berlaku perubahan disebabkan faktor masa dan kepimpinan. Namun, dari segi prinsipnya, hasrat membantu rakyat sentiasa menjadi amalan Kerajaan BN.

Masih belum terlambat untuk menyatakan sokongan kepada kepimpinan BN untuk terus membangun dan memajukan Sarawak dalam mencapai Wawasan 2020 atas prinsip Gagasan 1Malaysia.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger